Sunday, July 31, 2011

yang pertama di sini...sandakan...

aku memang percaya pada takdir dan juga hikmah yang ada pada setiap
kejadian dan pertemuan...
itu memang aku percaya dan aku gengam kemas2..simpan dalam jiwa
tapi seperti yang ditulis oleh 'hlovate'
things are easier said than done

kalau bercinta,berjanji,membina mimpi dan impian
tapi tidak ditakdirkan bersama
sure bertahun-tahun diperlukan utk 'menerima ketentuan tuhan'
hidup tak selalu manis,tak mudah
tapi berbaloi untuk diteruskan ,,,,jangan mati dulu
atau
punya tekun bekerja,siang malam,siang malam dengan jujur
dengan sepenuh hati,dengan ikhlas
tapi...kerana fitnah dituduh mengelapkan duit syarikat
kecewa dengan tuduhan,pengkhianatan dan ketidakjujuran kawan2
masa ni kita pilih,memaafkan atau berdendam.
sure...sure semua bnde yang berlaku walau buruk,ada baik sebenarnya
jangan emo,tenang dan berfikir...selepas fikir baru bertindak

ade yang menulis macam ni
"orang sekarang lebih suka risaukan orang lain dari masuk neraka
daripada risaukan diri sediri"
risaukan orang lain,dikata busybody
risaukan diri sendiri je,jadi selfish..

macam ni lah,penuhkan dengan ilmu,yakin dan lakukan
kalau dikata apa2 saja oleh manusia "selfish atau busybody"
tak apa...kita tahu apa kita buat
dan kita tahu kita buat benda betul..
cuma satu je...kena berilmu,dan yakin untuk beramal dengan ilmu itu

note:
selamat menyambut bulan Ramadhan
semua member sedang cuti summer break,aku je yang esok juga start kelas
haih....kehidupan....

Friday, July 29, 2011

I love U...bukan semudah diucapkan bila masuk part utk menunaikan...

pulau sapi,
gambar ni kalau dalam gelap-pegang tongkat konfem orang kata penunggu
... agak tahyul...

kubawa segala yang aku miliki
dan akan ku bawa pulang nanti segala yang kudapati

7bulan di sandakan
sure it'll teach me a lot

selagi ada rasa nk belajar,ada niat mahu belajar
di mana-mana dengan siapa2 sahaja aku belajar..

outsiderz kata:
selepas 2 bulan tinggal rumah,
hari ini baru call dan cakap dengan ayah..dan aku sebak-sebal..
haih..perasaaan..

Thursday, July 28, 2011

rasional

dewan fikri..dewan time aku ambik PMR dan SPM

usai solat subuh,aku panjat katil balik.
ingin mencukupkan tidur
walau beratus kali sudah diingatkan umi "jangan tido selepas subuh"
tapi kali ini biarlah...aku belum tido sejak pagi semalam.
badan memerlukan rehat bukan.??
kukira baru sahaja ingin memasuki alam mimpi
kedengaran suara sumbang menyanyikan lagu suci dalam debu
membangkitkan terus aku dari tidur
dan dengan rasa yang berbaur,aku mula berkata-kata
"hoi,korang bole tolong senyap sikit,aku nk tido lah"
"rilex lah Q,nyanyi je pun"
"aku terbangun sebb kau menyanyi lah tim,kalau kau tk nk senyap,
aku humban terus dari tingkat atas ni"

dengan muka tidak puas hati,dia terus keluar bersama bala tentaranya
dan aku menyambung tidurku

sudah menjadi satu kemestian selama 5 tahun di sekolah
pukul 11.30 malam kami satu bilik akan berkumpul di tengah bilik membentuk bulatan
majlis dimulai dengan al-Fatihah,disusuli dengan Al-Mulk,
kemudian 10 ayat terakhir Al-Kahfi
3 kali bacaan ayat 1000 dinar dan ayatul kursi
ditutupi dengan selawat dan tazkirah dari pengerusi majlis

salam
sepatutnya dalam diri ini tiada sifat somobong,takabur atau sifat bangga diri
segala kelebihan
harta dunia,kepandaian,rupa, atau apa2 sahaja itu adalah pinjaman.
cuba bayangkan seorang lelaki datang meminjam kereta kamu
dan dia berlagak dengan kerete itu...annoying bukan??
ianya sama tentang kita
semua yang kita ada sekarang adalah pinjaman dari yang Esa
tak perlulah berlagak atau ego dengan apa yang ada

ingatlah teman nyawa pun pinjaman
yang lain itu wallahualam..
fikir2 lah ya semua
sekian ...
kita tutup majlis kita dengan surah an-nas dan tasbih kifarah

kami sebilik bangun dan bersalam-salaman
bermaaf-maafan andai ada yang terasa...

"eh,Q aku mintak maaf tadi,bising time kau nk tido"
"tak apa,aku pun silap,sepatutnya aku cakap slow2 tak menjerit"
"cukuplah terasa dengan aku,malam ni aku nk tido tenang"
"of course,settle babe.aku pon nk tido tenang,tadi kan aku gangu aku tido"
"hahahahahaha"
............

note:
selalunya aku dengar apa yang dicakapkan
jarang utk aku ikut.
syukur kerana aku dengar apa cakap2 cikgu-senior dulu.
aku mula fikirkannya sekarang dan aku mula ikut ...

Wednesday, July 27, 2011

Mr XxXx 2

buku-buku bertaburan
kertas -kertas terbang melintasi kepala ditiup angin petang,
aku kaget,aku kemaskan ia perlahan-lahan
ya...penat seharian bekerja,kubuang pandang pada tingkap
menghala ke laut...
disitu dunia aku yang kedua,yang ada tapi tiada

dedaun kelapa melambai-lambai manja angkara tiupan halus bayu petang,
anak-anak kecil berlari di pesisir pantai
dikejari deras oleh si ibu diperhati tenang oleh si bapa
pasangan kekasih masih lagi dibatu-batuan tinggi
memeterai janji membina mimpi
bergelak ketawa,lagaknya dunia ini mereka punyai
nun di lautan biru,nelayan masih sibuk mengintai hidupan laut
mengharapkan secebis rezeki tuhan,,utk dibawa pulang
mengisi perut-perut kosong,anak2 kesayangan

...aku..
ada diantara mereka,
diantara ibu dan bapa,pasangan kekasih dan juga nelayan2

cuma aku...seorang tidak berteman..
hei sayang....mahukah berjanji?? ,jadi teman aku sehidup semati..


Mr XxXx

jika betul apa katamu
jika betul apa rasamu
jika betul apa rasamu tentang rasaku
jika itu betul..
katakan dan perkuatkan..

jika tidak ada lagi rasa itu
jika tiada terasa lagi pada patah kata2 itu
jika anggapanmu bahwa rasaku itu telah mati
jika ini betul...
katakan dan lepaskan perlahan-lahan

mahu perkuatkan atau mahu lepaskan..
tak apa....aku memang selalu sedia menerima
tentang cinta...ia jadikan aku separuh gila
dan aku sedar tentang kegilaan itu

biarlah...kerana dasarnya ia memang begitu..

malas nk fikir tajuk entry

mengenai malu
post diambil dari budak yang belajar ilmu wahyu
aku tahu,tapi dia lebih tahu


tQ kak muni..
my ex-senior smaasza dulu
merangkap kakak-kawan-mcam adik beradik da...

Tuesday, July 26, 2011

satu jilid

bentangkan dan leraikan
warnakan biar lencun
katakan sampai kosong
gengam jangan pernah lemparkan
ianya rasa dan perasaan

untuk semua yang pipinya pernah aku cium.
...

Monday, July 25, 2011

cyanide..carbon atom triple bond pada nitrogen atom


...
berterus-terang dan juga berfikiran baik pada semua orang
kita buat dulu...cuba lakukan dulu
bukan senang kan??....tiap kali ada rasa tidak baik pada orang
cuba tepis dengan anggapan baik dan segala macam kemungkinan y membuatkan
dia bertindak begitu
jika aku tidak dapat buatkan orang berfikiran baik atau berterus-terang dengan aku
tak apa..
asal aku sudah cukup berterus-terang dan bersangka baik dengan mereka
kan??
...

...
satu lagi,
aku ini sensitif pada beberapa perkara yang aku arif..
tapi aku kadang2 tak tahu (sesangat tidak tahu) pada perkara yang tidak aku arif
so..please jangan bagi hints bangang....aku tak faham
cakap...speak it loudly and clear...cakap
i/Allah aku akan guna lojik akal dan ilmu Allah utk berkeputusan
ok kan semua...??


note:
aku marah adik aku bawak handset ke asrama
bukan sebab
aku dulu pengawas-atau adik aku mesej2 dgn boy-atau sbb aku tak pernah buat
aku cuma nak dia tahu itu salah...dan kesalahan kena ditegur..
bawak lah fon tu...dengan syarat call saya-along dengan umi-ayah je
ha ha ha ha ha (sila gelak sebijik-sebijik)

ni lah budak2 nya...dengar umi cakap apa
degil2..
saya libas kan....haih

Sunday, July 24, 2011

kita ada Tuhan


senior 2 yang ke indon....moga selamat segalanya
jika difikirkan balik
setiap yang bernyawa dan juga tidak bernyawa dan juga
yang kita tidak pernah sedar kewujudannya
adalah milik Allah...
tidak akan terjadi sesuatu tanpa izinNYA,tidak akan pernah jadi sesuatu secara tidak sengaja
kalau terjadi keburukan atau malapetaka itu adalah dugaan tanda DIA sayang pd kita
kalau tidak terjadi ...bermakna doa hambanya ini diperkenankan

kita berserah pada Allah dan berusaha
moga keimanan kita pada qada dan qadar itu bertambah
moga kita semua ya teman2

kita tidak akan tahu sekuat manakah
atau sejauh manakah kita mampu berdikari,
sehingga kita terpaksa untuk menjadi kuat dan berdiri sendiri
masa itu...kita tahu,mana kuat mana lemahnya kita

wish best of luck untuk senior2 yang pergi jakarta dan bandung
moga beroleh keberkatan
bawak balik apa yang dicari dan yang dijumpai

ini omar osman...ikan warna warni kak nani
dan sekarang saya yang menjaganya...haih omar

Friday, July 22, 2011

1 2 3


bole kita bercakap..
saya ada benda nak tanya...
lama-lama jadi ragu
dan saya berterus terang bahawa saya ragu
dan saya mahu kamu juga berterus terang supaya ragu saya hilang

boleh ye...minggu ini ..
sebelum ramadhan menjelma...


Thursday, July 21, 2011

chloropheniramine

selalunya aku jarang sakit,
kalau sakit pun aku jarang lemah, lalu rasa itu hilang
percaya bukan....minda punya kuasa..
permikiran yang menentukan penerimaan,
sekarang minda aku lemah,
dan bila badan lemah minda aku tidak berupaya memujuk ..
dan aku lemah tidak terpujuk..

melalui sejarah-sejarah hidup yang lepas
aku terrer memujuk diri sendiri..malam ini aku memujuk lagi..
malam ini aku berusaha lagi

note:
zuhud pada dunia,dan zuhudlah pada apa yang ada pada manusia
hadis 31...haih

life is a beautiful journey

semua 4 orang yang didalam poster tiada kaitan dengan aku..!!

photos explain everything (almost) kan??
so ..tu lah sunset dan lari2
credit untuk tukang tangkap gambar

gambar tidak diedit,ianya langit sabah,suasana sabah
manusia dalamnnya orang semenanjung..

note:
aku harap tajuk tu sesuai dengan entry ...haih

Tuesday, July 19, 2011

who make it hard??


aku: sejujurnya aku senang dengan kamu,menganggap hadirnya kamu
sebagai takdir tuhan...DIA mahu kita berkenalan dan mahu kita saling belajar
dia: aku juga begitu,senang dengan kamu
aku: haih.....jangan katakan ya..kalau itu sebenarnya tidak...
ada satu benda yang aku tidak suka tentang kamu..dan aku terima itu sebagai lemahnya aku
dia: hmm.....manusia tiada yang sempurna..
apa yang tidak disukai tentang aku??
aku: aku tidak suka part yang mana kau tidak suka akan aku..
tu je..dan aku terima itu ..
dia: aku tahu kau tahu...

note:
tentang apa2 yang macam tidak pernah selesai,
aku rasa patut kita biarkan..
pengalaman mengajar aku yang yang tidak selesai itu
memang sepatutnya tidak diselesaikan...

profuse bleeding..

dia menikam aku dengan bilah yang tajam dan, lukanya itu dalam..
aku hanya memandang kerana aku tidak akan sesekali menikam kembali
tentang sakit aku,biarkan ...
aku hanya biarkan hangat darah mengalir membasahi bumi
hujan turun seperti meraikan sedihnya hati ini,
ini bukan mengenai sakitnya luka tikaman,ianya sakitnya hati kerana perbuatan
aku mencabut bilah tajam itu dan berjalan ke pasar,
kuamuki tiap yang dijalan,di persimpangan,di balik2 pokok,
di mana-mana saja yang tercapai..
hingga aku tersadai di pantai,berlantaikan pasir putih berbumbungkan langit
darah masih lagi mengalir,pandangan aku mula kelam berbalam,
oh ...saat itu aku mula menyedari
sudah setahun lebih aku menggunakan warfarin,
dan kini aku sedar bahawa aku sedang berada didalam situasi hypovolemic shock,
bila2 masa saja ajal akan menjemputku..
bilah tajam yang menjadi punca pada lukaku itu aku gengam..
taming sari kepunyaan Tuah yang ampuh,kulempar terus ke laut..
kutenung laut yang membiru yang kemudiannya hilang menjadi hitam
aku lah jebat yang dikata orang derhaka pada sultan

outsiderz: aku suka jebat,jebat yang derhaka itu pilihan aku
bukan Tuah yang setianya membabi buta...

Sunday, July 17, 2011

Untuk semua orang yang seperti kau juga seperti aku..

kelas 5sn1/2007...tu cikgu sejarah...yang suka panggil student sayang...

bilik darjah yang senyap seprti tanah perkuburan itu masih terang.
jam sudah menunjukan pukul 10 malam..
nun di depan kelas,ada beberapa pelajar sedang nyenyak tidur..
bahana latihan sukan petang tadi..keletihan mungkin
di satu sudut beberapa pelajar masih dengan tafsir quran
menghafaz beberapa surah pilihan..
dan aku masih bergelumang dengan addmath yang menarik itu
hinggalah ketenangan aku diragut oleh satu suara sedih sebelah aku

''eh,kau beria-ria buat addmath ni pehal"
"sibuk lah kau,kau buat lah kerja kau"
"eh Q,kau lepas Spm nanti nak buat apa lah?kau da fikir?"
"hmm....ada lah jugak,engine kot..physic cam best je...kau??"
"aku ingat nk buat medic lah,cam best je kan?"

aku senyap.......sambung melukis....
dia juga senyap...melihat aku melukis

"tukar lah aliran,nak ambik medic kena ambik sains,kau sekarang belajar agama''
''dah ayah aku suruh aku ambik agama,kalau A kata ayah aku,
sampai kiamat takkan jadi B''
"kau nk aku slow talk dengan ayah kau''
''amboi,kau ingat berhasil,aku pun dah bosan nangis dengan dia,tak juga dibaginya''
''aku tahu tak,saja je cuba''
''hmmm....sedih lah''
''dah tu tukar lah cita-cita.....letak cita-cita kau.....'mencari redha tuhan dengan redha mak bapak"

tiba-tiba...
"korang berdua kat belakang tu bole tolong diam tak,orang lain nk study lah''
''oi orang depan,yang menjerit sekrg bukan aku,tapi kau..aku pon nk study lah''
................
terus aku keluar bilik darjah,dan turun dari blok 4 tingkat itu menuju belakang blok

arghhhhh......
satu gema jeritan kedengaran dari blok 4 tingkat blok study perempuan
dan semuanya gelap..
...black out angkara aku...
ok malam ni bole balik asrama awal makan biskut senyum...yeah...

note:
apa-apa yang telah jadi..ianya memang telah tertakdir utk jadi..
cuba utk jadi redha dan menerima...
cuba ya semua...

lupakan rasa sakit...dan kau akan berupaya memaafkan

didewan makan asrama sekolah menengah tahun 2006

"eh,pesal muka kau masam je"
diam
"eh,kau ni kenapa?sakit ke ar"
masih diam
"biar betul,kau memang tak nak bercakap ke?tak faham betul lah aku"
"bercakap itu perak,diam itu emas,ustazah gtw tadi"
"sengal lah kau,hahahahaha"

kami makan,make jokes,belajar,menangis,bermain,kena denda,solat,lepak, bersama-sama
how come...akhir cerita kita jauh bagaikan tidak pernah berjumpa..
haih
sebenarnya aku memaafkan tapi tidak melupakan...

Saturday, July 16, 2011

kopi dan cucur udang...

kehempaskan badan yang keletihan ke tilam kekabu buatan atok
menikmati rehat sesudah sehari suntuk bekerja
mata dipejam dan aku mendengar ibuku membebel didapur
mengenai perkara politik dan juga sampailah pada cerita ayam jiranku yang hilang
ku hanya mendengar,kadang2 menyahut sepatah dua
sudah menjadi kebiasaanya untuk bercakap setiap hari
dan menjadi kebiasaan bagiku mendengar tiap kali dia bercakap
aku bangun menghadap cucur dan kopi pekat
mengunyah cucur udang satu persatu..
habis sebiji,aku minum kopi separuh ...
umi terdiam melihat aku makan,dan aku berhenti mengunyah pabila umiku diam
jarang benar umi tidak bersuara bila aku dirumah
"kenapa umi"
"tiada apa2 lah"
"takkan tiada ribut umi diam je tidak bercakap"
"hmm.....umi rungsingkan adik-adik kamu disekolah,entah baik atau tidak"
"usah lah risau,mereka baik2 sahaja itu,jumaat nanti saya bawa umi melawat mereka"
.......
perbualan terhenti dengan ucapan salam jiranku diluar rumah,...
umi bergegas kehadapan dan aku menyambung suapan,
dari kejauhan aku mendengar umi kembali rancak bercerita tentang kenaikan lektrik,kenaikan harga barang, yuran sekolah, harga petrol..
aku tersenyum lantas kuhabiskan baki kopi..

Friday, July 15, 2011

tanpa sebarang kata2.blogdrive


aku bukan budak baik-kakisurau-tatap kitab setiap masa-student baik cikgu kagum-anak baik makbapak sayang-baik hati kawan berderet-deret
aku hanya buat..
bila aku rasa betul-aku mampu-ianya baik untuk aku-dan sebagai tanggunjawab aku
sebab aku memang begitu


ini header bagi blogdrive aku yang aku tk update sebb aku tak reti nak setting
kalau ada sapa2 yang pandai segala html segala macam bnde2 kecik tu
mintk tunjuk ajar ye...

ok.....




Thursday, July 14, 2011

Wednesday, July 13, 2011

bukan tak mahu...tapi tak bole.

ya,ianya akan melukakan diri sendiri dan juga orang sekeliling..

sayangilah dirimu,dan
sayangi lah orang sekelilingmu seperti kau menyayangi dirimu sendiri
tentang balasan sayang yang akan diterima kembali
biarkan....kita ada Tuhan..biar DIA tentukan..

note:
bila aku langkah kaki pergi,aku akan menoleh melihat kau kembali
tapi hanya untuk melihat,bukan lagi memberi...
haih..

it happens more than I'd like to admit...

satu=terkilan
dua=cuba buang rasa terkilan
tiga=rasa itu tak nak hilang2 dah solat dah pon tak hilang2
empat=tengah pikir dan pujuk diri "udah2 lah terkilan tu"..
lima=tak percaya bole pujuk diri ni,dah lama tak terkilan..
enam=haih...bila lah nk hilang rasa terkilan

note:
bila aku sedar yang aku tidak akan dapat menjadi seperti yang kau suka
dan aku juga tidak mampu mengubah pandangan kamu2 untuk sukakan aku
maka...kita putuskan disini...
aku surrender...dan aku menyerah...damn hurt ..
u hurt me,and it bleed badly..
tapi...aku tau,kau tak sengaja..

Sunday, July 10, 2011

aku dan duyung di laut

sedang aku melepakkan diri di tepi pantai di atas batu2 berlumut
kedengaran bunyi bising di dalam air disertai bunyi ombak yang meningkat frequencynya
aku tenang dan bersedia untuk sebarang kemungkinan..
air yang berombak itu kembali tenang dan kemudian satu pusaran air timbul
jaraknya hanya 1 meter dari tempat aku berdiri..
semakin lama,ia semakin membesar..
dan tiba2 keluar seorang perempuan yang berekor atau lebih dikenali sebagai duyung
aku gosok-gosokkan mata kerana ku sangkakan aku bermimpi..
namun ianya nyata...

aku: erk,kenapa lah cik duyung tetiba timbul di depan hamba,dikala petang hari ini
duyung: (sambil mengeluarkan benda bersinar dari dalam air)
adakah kapak emas dan perak ini kapak tuan hamba??
aku:(teruja melihat harta dunia)..
tidak lah,itu bukan kapak hamba,hamba tiada kapak
duyung: (menyelam dan kembali lagi dengan kapak kayu)
adakah kapak kayu buruk ini kapak tuan hamba?
aku: ek eleh cik duyung, saya datang sini tak bawak kapak lah,tadi kan da cakap..haih
(sambil membaling batu tepat kena bahu kanannya)
duyung: (sambil teresak-esak menangis)...hamba hanya mahu bermain-main,
tuan hamba ambik serius pulak...sekarang hamba mahu merajuk lah......

dan dia tenggelam lagi kedalam air sambil menghempas-hempas ekor dengan kuat,
tanda protes dengan tindakan aku...

aku:...????....tak faham64X

note:
hahahahahaha......aku memang tak faham..

Saturday, July 9, 2011

The best way to find out if you can trust somebody is to trust them.

T=surface tension,P=pressure,r=radius.
this law is applied for the benda2 bulat..carilah dalam buku ganong .

aku:......
dia: aku fikirlah apa yang kau cakap semalam
aku:semalam?
dia: ya,yang kita je selalu fikir pasal orang lain,perasaan orang,
situasi orang lain,susah senang orang lain....orang lain tak pon?
aku:hmm....da lama aku perasan


cuba menjadi seorang kawan-anak-adik-kakak-pelajar yang sepatutnya
cuba menjadi apa yang perlu kita jadi,
cuba tunaikan apa yang perlu kita tunai,
cuba untuk menggalas apa yang perlu kita galas...
itu kita bole pilih untuk buat atau tidak,untuk ikhlas atau tidak

tentang mereka...tentang
adik kita-kawan kita-kakak kita-cikgu2 kita-ibubapa kita,biarkanlah mereka
biarkan mereka memilih untuk menjadi apa pada kita,untuk melihat atau tidak kita..
untuk berfikiran baik atau tidak pada kita,
biarlah ....itu kita tak bole pilih..itu mereka yang pilihkan untuk kita..

tentang menuntuk hak atau menunaikan hak...
ianya lain...tersangat lain...
cuma satu yang aku mahu,silalah jujur dengan aku
jika tak..katakan tidak...jika ya..katakan ya


-outsiderz-
u noe what???
i'm the black sheap of my family..
dan sekarang aku da bertukar kaler...dari hitam kepada merah
dan aku tidak tahu kenapa..haih....


Friday, July 8, 2011

kalau berhusnu zhon sentiasa..semua benda baik2 saja

berapa kali aku merasa kecewa dengan mereka-mereka disekelilingku
sebanyak kali itu juga aku memujuk hati
memberitahu diri bahawa mereka tidak sengaja mengecilkan hati aku
mereka menyayangi aku cuma dengan cara yang tidak difahami aku
mereka tidak perasan aku terkesan dengan kata-kata mereka
mereka tidak merasa perbuatan mereka itu menguris aku..
aku cuba memberitahu hati bahawa
mereka hanya cuba menjadi diri mereka sendiri
menjadi mereka sendiri dan mengecewakan hati aku ini..

aku rasa same thing goes to them..
tentang perlakuan aku dan kecewa mereka itu..
ianya tentang rasa yang susah untuk dikatakan hitam putihnya..
berbalik pada DIA...i/Allah ukhuwah antara kita kekal jadinya..

random 2

laptop masih rosak...itu berita yang tiap kali aku bangun aku akan sedia maklum
dan aku mula study manual..
pen,kertas,pembaris,mp3 ..... aku study sampai pening
dan memang namanya student,belajar itu kadang-kala menjadi satu kepuasan
menjadi satu kemestian.....
mungkin kerana ia da jadi habit sejak kecik sampailah besar..

sekarang aku mulakan kurangkan caffeine dalam diet seharian.
bila sangat2 perlu sahaja aku akan hirup kopi..
ya..mengurangkan effect caffein dalam hidup seharian,
walau dikatakan ianya anti-oxidant,yang prevent cancer..
tapi biar lah.....banyak lagi cara lain

setengah sudu chocolate+1sudu setengah susu tepung+1sudu madu asli
aku panggil ni minuman kehidupan...

Thursday, July 7, 2011

1117

sekali yang lalu pada waktu itu
tidak akan muncul dan
menjadi kali yang kedua pada waktu ini
tidak akan ada sekali lagi..
begitu juga hidup dan akhirnya adalah mati,
satu kata ini membuatkan aku takut,takut untuk meninggalkan dunia
takut untuk berdepan dengan DIA tanpa membuat apa-apa
takut berat timbangan aku disebelah kiri nanti,
jahanam lah tempatnya nanti,

pada DIA...apa yang telah aku perbuatkan?
pada agamaku apa yang aku sumbangankan?
pada ibubapaku apa yang aku sediakan?
pada masyarakat dan juga manusia2 lain apa yang aku berikan??

dan sebagus manakah ia...?
cukup atau tidak segala yang aku telah lakukan.
betul atau tidak apa yang aku telah kerjakan
diterima atau tidak apa yang aku telah berikan,
berhasil atau tidak apa yang telah aku usahakan...

ya atau tidak..!!

kadang2 aku buntu, ada rasa yang mengetuk hati aku
lalu aku diam..kemudia rasa itu hilang
dan aku mula kembali tenggelam...

Wednesday, July 6, 2011

Nur Seri..

meja pendaftaran utk jogathon SPU...Dr Dilip yang mengajar physio dulu
haih....physio..
******************************************************************
***
sebagai tanda ingatan ...
siapa pun,apa pun dan bagaimana pun...
selalu akan aku ingat padamu...
sayang padamu,sayang jua pada diriku dan Tuhanku...
moga rahmat Allah selalu bersamamu...
rahmat untuk mu untuk bersamaku...

-outsiderz-
laptop masih di acer centre,tQ utk rumate(s) y bagi pinjam laptop..
oh...aku bagi nama seri pada laptop aku,
moga dia tidak rosak lagi di masa hadapan....i/Allah.

Monday, July 4, 2011

rosak lagi

laptop rosak...dan seminggu mungkin dia akan beristirahat di Acer centre
dan kerana tiadanya dia..aku merasa sunyi..
haih,,,

jumpa kembali pada minggu depan..
salam kesunyian

Saturday, July 2, 2011

random 1

...RoOm-mAte aQu...

rumate punya laptop,tetikus tu tukang tulis punya
ya...warna pink laptop dia...bukan laptop je banyak lagi barang2 lain warna pink
kami dari tahun 1 lagi berkawan,bersama
kami berbeza dan aku suka dia kerana perbezaan itu.
kalau aku cerita apa2,dia akan bagi reaksi,walau kadang2 macam tak bole pakai
tapi ok je...aku tahu dia tahu..
rumate sorang lagi punya laptop..
yang sorang ni pun suka warna pink..she's my friend lah merangkap kakak
tukang jaga,tukang larang,tukang bagi nasihat,tukang dengar aku bercerita
walaupun dia tak cakap apa,atau cakap sikit2 je bila aku bercerita....
aku tahu dia dengar
ni lah dia...kertas yang bertaburann di sekeliling katil.rumate aku.haih..hectic
banyak kot kena baca...
banyak benda tapi masa ciput..haih
ini pada malam 30hb/june/2011...jam ikut waktu mesia 3:30 pagi
first exam untuk tahun 3...cuak tak cuak....cuak lah sampai senak2 perut..
Syukur Alhamdulliah..segalanya da selesai..
kalau tiada aral melintang...
aku akan ke sandakan sambung lepak hospital bulan depan..
jeng jeng jeng....

bumi Allah yang luas ini disediakan untuk kita
merantau dan memikirkan hebatnya kuasa dia....
note:
patut ke aku buat title entry....."aku anak rantau"?
...

mereka boleh kata macam2..yang rasa..kita aje


check point 3 untuk jogathron SPU 2011.
credit untuk homosapien for the nice photo....such a good photographer..haih
ramai yang telah saya jumpa sebelum dan juga sesudah kamu
yang datang membawa salam perkenalan-kebaikan-juga keburukan
mereka datang dengan izin Allah dan apa yang mereka bawa itu penting juga
sedikit sebanyak walau saya katakan tidak,ianya ada sebenarnya
kesan...kesan yang tertinggal di hati saya bagi tiap2 mereka
ada yang meninggalkan cerita gembira-sedih-kesal dsb.
mereka penting dan juga bermakna dalam hidup saya..
dan ada antara mereka yang saya senang-selesa-suka-benci-segan
itu tentang rasa saya pada mereka-mereka
itu tentang mereka-mereka...
siapa pun yang saya jumpa,macam mana pun dia datang dalam hidup saya
apa sahaja niat dia apa sahaja keinginan dia..
saya mahu kamu ingat empat kata ini.

saya hanya suka kamu...
tidak kira lah sejauh mana pon kita,
tidak perlu ditanya, lama mana sudah tidak bersua muka,berbicara kata
tidak perlu dikhabarkan cerita2 yang ada
tidak perlu disemarakkan lagi rasa yang berbekam didada
tidak perlu semua itu...sayang
saya percayakan Allah untuk jagakan kamu
bagi pihak saya
sampai saya bersedia untuk jaga kamu dengan daya upaya saya
selagi kamu percaya Tuhan kamu dengan Tuhan saya itu,
selagi kamu percayakan saya...selagi itu....
kita kental

miss outsiderz......2 july 2011