dia menikam aku dengan bilah yang tajam dan, lukanya itu dalam..
aku hanya memandang kerana aku tidak akan sesekali menikam kembali
tentang sakit aku,biarkan ...
aku hanya biarkan hangat darah mengalir membasahi bumi
hujan turun seperti meraikan sedihnya hati ini,
ini bukan mengenai sakitnya luka tikaman,ianya sakitnya hati kerana perbuatan
aku mencabut bilah tajam itu dan berjalan ke pasar,
kuamuki tiap yang dijalan,di persimpangan,di balik2 pokok,
di mana-mana saja yang tercapai..
hingga aku tersadai di pantai,berlantaikan pasir putih berbumbungkan langit
darah masih lagi mengalir,pandangan aku mula kelam berbalam,
oh ...saat itu aku mula menyedari
sudah setahun lebih aku menggunakan warfarin,
dan kini aku sedar bahawa aku sedang berada didalam situasi hypovolemic shock,
bila2 masa saja ajal akan menjemputku..
bilah tajam yang menjadi punca pada lukaku itu aku gengam..
taming sari kepunyaan Tuah yang ampuh,kulempar terus ke laut..
kutenung laut yang membiru yang kemudiannya hilang menjadi hitam
aku lah jebat yang dikata orang derhaka pada sultan
outsiderz: aku suka jebat,jebat yang derhaka itu pilihan aku
bukan Tuah yang setianya membabi buta...
No comments:
Post a Comment