Thursday, July 28, 2011

rasional

dewan fikri..dewan time aku ambik PMR dan SPM

usai solat subuh,aku panjat katil balik.
ingin mencukupkan tidur
walau beratus kali sudah diingatkan umi "jangan tido selepas subuh"
tapi kali ini biarlah...aku belum tido sejak pagi semalam.
badan memerlukan rehat bukan.??
kukira baru sahaja ingin memasuki alam mimpi
kedengaran suara sumbang menyanyikan lagu suci dalam debu
membangkitkan terus aku dari tidur
dan dengan rasa yang berbaur,aku mula berkata-kata
"hoi,korang bole tolong senyap sikit,aku nk tido lah"
"rilex lah Q,nyanyi je pun"
"aku terbangun sebb kau menyanyi lah tim,kalau kau tk nk senyap,
aku humban terus dari tingkat atas ni"

dengan muka tidak puas hati,dia terus keluar bersama bala tentaranya
dan aku menyambung tidurku

sudah menjadi satu kemestian selama 5 tahun di sekolah
pukul 11.30 malam kami satu bilik akan berkumpul di tengah bilik membentuk bulatan
majlis dimulai dengan al-Fatihah,disusuli dengan Al-Mulk,
kemudian 10 ayat terakhir Al-Kahfi
3 kali bacaan ayat 1000 dinar dan ayatul kursi
ditutupi dengan selawat dan tazkirah dari pengerusi majlis

salam
sepatutnya dalam diri ini tiada sifat somobong,takabur atau sifat bangga diri
segala kelebihan
harta dunia,kepandaian,rupa, atau apa2 sahaja itu adalah pinjaman.
cuba bayangkan seorang lelaki datang meminjam kereta kamu
dan dia berlagak dengan kerete itu...annoying bukan??
ianya sama tentang kita
semua yang kita ada sekarang adalah pinjaman dari yang Esa
tak perlulah berlagak atau ego dengan apa yang ada

ingatlah teman nyawa pun pinjaman
yang lain itu wallahualam..
fikir2 lah ya semua
sekian ...
kita tutup majlis kita dengan surah an-nas dan tasbih kifarah

kami sebilik bangun dan bersalam-salaman
bermaaf-maafan andai ada yang terasa...

"eh,Q aku mintak maaf tadi,bising time kau nk tido"
"tak apa,aku pun silap,sepatutnya aku cakap slow2 tak menjerit"
"cukuplah terasa dengan aku,malam ni aku nk tido tenang"
"of course,settle babe.aku pon nk tido tenang,tadi kan aku gangu aku tido"
"hahahahahaha"
............

note:
selalunya aku dengar apa yang dicakapkan
jarang utk aku ikut.
syukur kerana aku dengar apa cakap2 cikgu-senior dulu.
aku mula fikirkannya sekarang dan aku mula ikut ...

2 comments:

minico0per said...

dis entry als0 drag me t0 0ur r0utine in h0stel..windu sgt..skrg bru terase rimdu nk bc al-mulk ramai2 dlm halaqah..syukur sgt c0s kena pkse bc al-mulk n al-kahfi n duk dlm halaq0h..

Outsiderz said...

yap..
routine yang dulu tak nak ikut..
mati2 tak nak ikut..

sekolah tu ajar kita banyak bnde
utk jadi manusia..
kan senior??