Monday, August 29, 2011

this is life.? hmmm....

gelas kopi yang kedua dalam masa 2 jam...
mengantuk bagaikan ada manusia kerdil sedang bergantungan di kelopak mata

pernah dulu aku katakan
yang peduli aku itu kerana sayang padamu
pada kamu dan juga kamu

dan maaf kerana "sayang" aku itu tidak memenuhi keinginanmu
hingga ada pada satu-satu ketika
kamu berjauh hati,terluka dan sedih dengan perlakuanku

maafkan juga aku kerana, sayang padamu
lalu aku punyai keinginan untuk menegur silap-salah mu
maaf kerana aku kasar dalam mengajar dan juga menegur
itu hanya satu-satu cara yang arif..
maafkan aku kerana tidak punyai cara lain

maaf kerana menjadi seorang anak-kakak-adik-cucu-kawan
yang tidak cukup sempurna dimatamu

tegurilah aku pada silapku,
aku mungkin melenting dan marah2
kalau niatmu menegur kerana Tuhan aku,i/Allah aku sedar nanti

selamat hari raya
maaf zahir dan batin,pada tiap perlakuan-perkataan
yang aku sengaja-tidak sengajakan
yang membuatkan hati2 mu terluka
maafkan aku wahai sekelian hamba Tuhan
berikan aku kemaafan itu

dan hanya itu aku pinta dari mu untuk syawal ini

Saturday, August 27, 2011

fight for what's worth fighting for


bila kau berada dalam situasi yang kau tidak boleh ubah,
dan tiada siapa2 pun yang mampu mengubahnya

mungkin itulah masanya..itu petanda
untuk kau pulak yang berubah...

sebenarnya berbaloi untuk mencuba
.....fighting......

sebulan ini banyak yang aku tidak puas hati
dengan
suasana belajar-sandakan yang panas-ward yang serabut,
manusia yang macam2-dengan orang2 sekelilng yang samseng ntah apa2-
nurse yang berlagak-jadual tunggang-langgang-ketua macam2
bagaikan aku terlupa yang
itu qada dan qadar Tuhan,yang dia adakan bersebab

masalah bukan bila asas keimanan pada qadar dan qadar itu longgar??
hmmm....haih..
jadikan aku manusia yang redha dengan tiap kejadian dan ketentuan

dying is easy..living is what 's hard...hahahahaha

pop pop
mesej di yahoo mesengger tiba ntah dari negara mana
"salam,nak tanya apa effect makan megi"
nun jauh soalan datang dari negara timur tengah dari junior

aku yang sedang meneguk kopi latte berhenti sejenak
setelah explain sedikit yang aku tahu tentang
sejarah dan latar belakang megi
aku diam dan sambung minum air ...
sambil menyanyi lagu anberlin aku mula goggle tentang megi
ini adalah kali pertama aku mula menggogle tentang megi itu

flashback pada minggu lepas
people will come see you and ask a a lot
u should know a lot about a lot....pensyarah aku cakap

kau tau???
memang kena tahu detail tentang semua detail

note:
selalu lihat dan fahami bagaimana sesuatu perkara itu
dikatakan atau diketengahkan
daripada memikirkan apa perkara yang menjadi topik perbualan itu...

manusia ni bila makin besar/pandai...ayat2 dia berputar-putar...
haih...penin


Thursday, August 25, 2011

love make you do crazy things..


aku balik...
lagi 3 hari..balik raya

raya tahun ni banyak benda2 baru,banyak manusia baru dalam hidup aku
dalam keluarga besar aku..

"balik lah ...berkumpul,semua orang balik berkumpul
bukan selalu berkumpul ramai2...bertahun2 baru sekali"

lagi satu...
balik negeri nanti aku pasti pergi berguru lagi,
aku rasa aku kurang faham tentang makna
Tanggunjawab..
dan aku kurang berpuas hati dengan cara aku jalani kehidupan sekarang..

Tuesday, August 23, 2011

jangan pernah nafikan rasa itu...

aku bertanya lagi kali ini
bukan untuk mendengar jawapanmu
aku bertanya lagi... untuk mengingatkan mu
yang soalan itu wujud.

...yang 'kita' itu wujud...

Sunday, August 21, 2011

Almighty...nampak? betapa besarnya DIA..

"...........sekiranya orang yang terdahulu dari kamu dan terkemudian daripada kamu,manusia
dan juga jin,sekiranya mereka mempunya hati yang bertaqwa umpama hati
orang yang paling bertaqwa diantara kamu,nescaya hal itu tidak
akan menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKU

sekiranya orang yang terdahulu dari kamu dan terkemudian daripada kamu,manusia
dan juga jin,sekiranya mereka mempunya hati yang jahat umpama hati
orang yang paling jahat diantara kamu,nescaya hal itu tidak
akan mengurang-cacatkan apa-apaun dalam kerajaanKU..............."

korang baca lah hadis yang ke 24 dari yang 40 tu..
baca dari hadis,terjemahan dan pengajaran
baca perlahan-lahan dan tarik nafas dalam2..

I think, I will never be the same girl again..

DId I have a good time??...haih
aku sebenarnya masih baru dalam dunia maya ini.
kawan pun masih tak ramai..
senang bukan punyai kawan yang hanya tahu nama samaran
hanya tahu dan dapat membayangkan rupa aku
dari gaya dan tindakan aku (dalam bentuk tulisan itu)

kau tahu kenapa??
kerana
makin rapat kau dengan seseorang,makin banyak kau nmpk kekurangan dia.
makin banyak yang kau tidak sukai tentang dia,
makin banyak kau nampak kesalahan dia....

tapi..untuk hidup,real kehidupan,
aku mahu tinggal dan dikelilingi oleh manusia yang aku tahu
baik buruknya,
aku cintai dia kerana baiknya dia,dan aku tidak membencinya kerana keburukannya
dan aku mahu dan berharap begitulah juga tanggapan dia pada aku.

pabila aku marah,aku akan katakan..panjang!! berharap ada yang faham
-and done talking-
selepas aku marah,aku akan diam,
mereka akan tahu aku sedang marah,dan mereka akan juga diam,
aku akan kembali bercakap jika marahku hilang,
jika tak,aku akan terus diam..
dan mereka akan tahu,marahku masih lagi tidak hilang

aku berkeputusan untuk mengambil satu pendekatan yang paling bawah,
aku tidak perlu berkata apa2 dan menyakitkan hati makhluk Tuhan y lain
dan mereka tidak perlu membalas apa2 dan menyakitkan hati aku.
sekrang aku tahu kenapa ada quote
diam itu emas,bercakap itu perak

kalau korang nak bercakap panjang boleh,
cuma hilangkan prasangka,bukakan minda dan berfikiran baik,

dan mari kita bercakap dari lepas tarawih sampai subuh esok hari.
dari sastera sampai ilmu astronomi..
dari masalah agama sampai lah muzik dan seni
mari ....teh tarik dengan biskut marie bole menjadi peneman sejati
teman untuk kita saling kenal-mengenali..

note:
dari zaman sekolah rendah lagi people keep telling me yang aku weird
mula2 aku terasa,aku berjauh hati,aku rasa didiskriminasi
aku ubah penerimaan aku,...dan segala rasa itu hilang...
jika kau kau kata aku weird sekarang,
aku akan senyum dan gelak panjang2 sambil julingkan mata
...ha ha ha ha...

Friday, August 19, 2011

it's too late to fight???

this song dari matrik sampai sekarang aku dengar..
dengan ini aku rasa aku.


...hmmm...sebenarnya banyak yang ingin dikatakan
cuma tidak tahu bagaimana..
tidak tahu perlu mula dari mana,,

banyak benda dalam kepala,tak tersusun.
banyak kerja atas meja dan dalam laci yang tak terbuat,
banyak lagi pages buku tak terbaca,
banyak cases tak tertulis,
banyak lagi benda tak buat dengan baik..
tapi...ramadhan dah nak habis..

betul bukan apa yang hlovate tulis dalam contengan jalanan??
"puasa kat negara sendiri(malaysia ) ni da jadi adat,bukan lagi ibadat"

note:
manusia2 yang akan menyebabkan kau parah terluka itu,
adalah mereka-mereka yang kau ambil berat dan kau sayangi.
so,,,
hanya perlu berhenti mengambil berat dan menyanyangi..

Monday, August 15, 2011

fight and survive...

salah satu komen di you tube under lagu ini
"when my biological mom was pregnant,my biological dad wanted her
to get abortion, she refused, and then 5 month later I was born...
and I was given up for adoption...
Thank U mom ...for letting me live..."

satu cerita lain,tentang manusia lain,di ntah mana2 negara ntah..
tawakkal
kau tahu macam mane..
Ianya macam umi aku yang tak pernah datang sabah,
yang terpaksa melepaskan seorang anak perempuan dia,
datang sini pada 3tahun lepas sorang2,
datang untuk belajar sini entah akan kembali lagi entah tidak

dia rungsing bila mendengar cerita macam2 tentang remaja perempuan zaman sekarang
"mengandung anak luar nikah"
"masalah murtad"
"masalah jenayah,rompak rogol"
plus
macam2 cerita orang kampung dok bercakap tentang orang sabah ni
jahat lah,banyak ilmu bukan2 lah,majoriti kristian,islam cetek lah sini

kau tahu macam mana ..
itu lah rasanya,
umi tadah tangan mintak keselamatan anaknya di rantau orang,
pada tiap2 kali habis sujud menghadap Allah.

dan setakat ini Allah masih menjaga anaknya
dari segala bala petaka alam dan juga manusia

tawakal aku....camne eh???hahahahaha
note:
tiap2 kali tension aku melimpah ruah,aku akan call rumah...
tidak sedikit pun aku akan cakap yang aku 'sedang tension-stress'
tapi umi akan cakap....(sebab aku tahu dia dapat rasa even aku tak cakap)
"ada apa2 mintak tolong dengan Allah,DIA tahu segalanya,
belajo ni semua ilmu DIA punya,mintak DIA mudah2 bagi faham,bagi ingat,bagi berkat".


Sunday, August 14, 2011

s'envoler

...I'm done talking...

and
it's time to move on.


always

satu waktu yang dulu ,

ketika aku sibuk menyiapkan tugasanku,
kau memandangku lama,
dan aku pura-pura tidak menyedari,
aku terus menyibukkan diri
dan kau masih terus memandangku ..
sesaat kemudian ketawamu pecah
dan aku memandangmu, marah-marah sambil berkata
kau menggangu tumpuan kerjaku,terbengkalai segalanya kerana ketawamu

sambil senyum kau berbisik perlahan di telingaku
"aku suka melihatmu malu,kerana pipimu memerah kemudian kamu marah-marah"

Saturday, August 13, 2011

late night conversation..

u learn it hard way...we learn it hard way kan??

"endemic infection with malaria in the African continent
is thought to have led to a darwiniam selection process,
resulting in high levels of sickle trait absence of Duffy a and b
in many African-American blacks"

chapter30:protozoa, pg 239
from buku clinical microbiology made ridiculosly simple

dikatakan bahawa African-American and African blacks resistance pada
beberapa jenis Plasmodium yang mengakibatkan malaria kerana
tiadany antigen Duffy a dan b pada cell darah merah mereka.
tiada antigen ini dipanggil sickle trait abscence.

dari zaman matrik sampai zaman sekarang'
banyak sudah aku terbaca buku yang menyokong darwin
haih..
dalam Atheis,mereka cakap in de nood leer men bidden
kerosakan hidup mendorong kita sembahyang

sedangkan kita tahu yang
beragama atau rasa punyai tuhan itu adalah fitrah manusia,
yang Allah da letak dalam diri
yang memang sejak azali ada dalam hati,
kalau tak takkan Firaun yang pernah mengaku Tuhan
masih meminta pertolongan Allah ketika hampir lemas tenggelam dalam laut


Friday, August 12, 2011

kena berani terima akibat dari segala perbuatan...

haih....para buah hati pengarang jantungku
lect dari seorang teman....
"...kau bukan budak2 lagi...fikir lah mana kau 10tahun lagi"

umur yang makin meningkat,adik2 yang sedang membesar,
umi ayah yang rambut sudah mula berubah putih,
sudah kabur2 pandangan,sudah cepat lenguh2 badan,
dan juga
dengan pengetahuan tentang dunia-tentang hari mati
tentang perasaan manusia,tentang jenis2 manusia,
tentang alam dan isinya,
tentang Tuhan punya takdir dan kuasaNYA, yang makin bertambah

sedikit sebanyak aku mula merasakan
tanggunjawab aku pada mereka bertambah sedikit demi sedikit
pandangan aku tentang sesuatu perkara juga mula berubah,
penerimaan aku pada sesuatu benda juga mula berlainan kini,
rasa aku pada tiap2 peristiwa juga mula ketara bezanya ,

aku bukan lagi budak sekolah menengah umur 15tahun
yang aci main kejar2 dengan kapten asrama-yang kena diingatkan selalu-
dibrain wash tiap2 minggu-dengar muzik tiap waktu-
bergosip mengenai entah apa2 perkara dan biarkan masa begitu saja berlalu.

belajarlah menjaga diri sendiri,mengingatkan diri sendiri,
belajar untuk lebih bertanggunjawab,lebih berhemah,lebih lembut dan berhikmah
menjaga emosi,menjaga kata2,menjaga pergaulan,menjaga perbuatan
dan ..menjaga mereka2 y hadir sebagai tanggunjawabku

setelah bertahun-tahun yang berlalu sejak aku berdiri ditepi pantai itu dulu
menyimpulkan janji pada diri sendiri bersaksikan langit,laut dan pasir Tuhan
aku sedar kini yang

aku bukan lagi
budak perempuan berjeans lusuh,ber-T hitam,yang suka rebel tak tentu hala itu
aku bukan yang dulu...

Thursday, August 11, 2011

maybe I expect to much..

yang pernah belajar di matrikulasi program satu tahun
mesti ingat matapelajaran biology
based on campbell (buku yang sokong darwinism-evolusi- punya teori ni)..haih
mesti belajar tentang natural selection kan??
(sila refer link dibawah utk faham tentang natural selection)

dan kerana (bukan aku tidak suka bio),
tapi aku lebih suka physic dan kimia,
maka untuk lulus aku telah melakukan segalanya double
terpaksa melakukanya double..
study double-bertanya double-fikirkan tentangnya sehari2 double

kau tahu apa yang akan jadi bila kita memikirkanya lebih dari
yang patut difikirkan...
jadi mengarut lah..
bukan ke dalam islam disuruh bersederhana dalam semua perkara?
(oh,aku ni budak yang selalu tidur time kuliah agama,maka aku kurang arif tentang agama)

"stabilising buatkan yang boleh adapt dengan warna-warni matrik sahaja
terus success,
Directional berlaku pabila yang kuat-pandai-cepat adapt terus hidup cemerlang
kerana faktor University mahukan hanya yang terbaik,

Dan,disruptive berlaku bila yang bijak terus diberi peluang,
yang kurang bijak terus ketinggalan,
maka,,adalah 2 species yang berbeza pemikiran,tindakan
dan juga perbuatan"

perasaan tak? pemikiran orang yang byk ilmu dengan yang kurang ilmu,
banyak bezanya..
and ianya bole dilihat jelas pada percakapan,perbuatan..
perhatilah sekeliling...banyak benda bole dipelajari hari-hari..

note:
kejayaan yang dapat selepas berusaha itu
lebih manis daripada
yang datang bergolek masuk terus ke poket seluar kiri,
still berjaya..cuma rasanya berbeza

Wednesday, August 10, 2011

beritahu aku rasa yang abadi itu apa?

ketika sedang berehat ketika latihan taekwondo,
aku meneguk air laju menuruni rengkung, pabila si junior Que datang dduk sebelah aku

Que:kau percaya tentang cinta pertama...?
aku: ntah,kau??pehal kau tanya soalan pelik2 petang2 ni??
Que: aku tak percaya lah....cinta2 ni pelik lah..kan?
aku: hahahahaha,kau tengok Man tu?
Que: ye,dia dan si asie playgirl tu,kenapa dengan dia?
aku: kau tahu bukan yang Man tu serius,tapi tak asie?
Que: ya,aku rasa satu sekolah dah tahu,yang peliknya kenapa lah
si Man tu tak blah2...
aku: kau rasa Man tahu tak dia dipermainkan...?kalau kita yang
tak ada kaitan pon bole tahu..kau rasa dia tahu tak?
Que: mestilah tahu,tapi takkan dia tk buat apa2 kot
aku:kau tahu.itu lah gilanya orang bercinta,
dia bukan tak tahu,dia malas nk ambik tahu..so,biarlah
Que:dasyat juga,,aku tk nak lah bercinta
aku: jangan cakap,nanti kalau ada yang call aku tengah2 malam
mengadu putus kasih,aku lempar dengan periuk..
Que:see ya..who's talking,it's me lah ...no women no cry
aku: hahahaha,,,,aku pegang kata2 kau ni..kita tengok tahun2 akan datang,
hm.....Si Man cakap,dia tau sal Asie tu,cuma dia tak mahu lari.

instructor memberi arahan untuk kami berdiri dan form a line..
"bangun semua dan buat 2 barisan,bahagi sama banyak utk tiap barisan"

Que: oi,dasyatkan si Asie tu?
aku: bukan Asie yang dasyat,cinta tu yang dasyat..kau rasa nanti kau tahu lah
Que: kau cakap macam pernah rasa je
aku: ada aku cakap,aku pernah?dan
ada aku cakap aku tak pernah?
Que:..............hahahahaha..tangkap cintan kau,jiwang ar..

si Que menjeling aku diantara form line itu dengan gelak yang berpanjangan..
dan aku membiarkan..

note:
cintai aku,dan ajari aku mengenai kecintaan pada Tuhan

2006

dah masuk tahun ke 6..
usah lari lagi teman,
maafkan aku,maafkan kesilapanku.

...miss u damn much ...

Tuesday, August 9, 2011

I feel so low,fear to show..don't want to go


aku menulis kerana .....
aku menulis untuk memahamkan orang tentang aku
dan mengkhabarkan fahaman aku tentang orang dan kehidupan
maka,apa yang aku tidak tahu/silap khabarkan
perbetulkan aku...

satu lagi... tulisan ini adalah seni
tulisan ini adalah aku,
dimana aku bebas bercerita dengan apa sahaja gaya bahasa tentang segala macam jenis rasa
dan kamu semua bebas untuk mentafsirkan
apakah rasa itu,kenapakah aku merasa begitu
dan simpulkan ....
...manusia jenis apakah aku ini...

aku bukan cuba merubah pandangan sapa2 pada aku
aku cuma mahu merubah pandangan aku tentang diri aku

macam yang sekarang,aku di sandakan kini
berinteraksi dengan ramai orang
berjumpa dengan ramai orang,bergaul dengan berbagai jenis perangai
lagi setengah tahun aku akan balik ke KK.
dan lagi 3 tahun aku akan balik ke negeri aku
bergaul dengan orang negeri aku kembali
selepas itu mungkin aku akan ke tempat lain pula..
dan aku akan jumpa manusia lain pula..

membazir kalau aku habiskan masa hanya utk
merubah pandangan segala jenis
manusia2 yang hadirnya cuma sekejap dalam hidup aku ini,
....touch and go...
aku hidup dengan kamu disekeliling sebagai penyeri atau pemusnah

...itu je...
aku percaya y Allah temukan aku dengan seseorang itu kerana
dia mahu aku belajar sesuatu....

pada yang datang,tidak kira dari mana,
menghulurkan bantuan,memberi peringatan,aku hargai kalian..
moga rahmat Tuhan selalu bersama kalian
pada yang datang membawa masalah ,
membawa kesusahan,menyakitkan hati aku,merumitkan lagi hidup aku
terima kasih juga pada kalian
dengan hadirnya masalah (kalian) aku menjadi manusia yang lagi kental
moga Allah permudahkan hidup kalian

hidup yang selalu gemilang,
tidak juga dikatakan sempurna bukan???
....yang penting rahmat dan redha Allah....

dan aku rasa,aku masih sangat jauh dari itu...
dan biarlah ia tinggal sebagai rasa..
hanya sekadar rasa..

note:
pada yang pernah buat aku kecewa dan menangis..
tak ape...itu takdir Allah...dan aku belajar dari itu,
dari rasa itu dan dari perbuatan kau itu..
i take it positively now on..
itu je kan??

Monday, August 8, 2011

yap....painless life!!!

hari ini,aku tido berdiri,penat punya pasal..
sedang sibuk prof bercakap,tiba2 aku tenggelam.
alam sunyi,aku terawang-awang..
5minit selepas itu ,baru aku sedar betapa bisingnya sekeliling
yang aku sedang tido in the middle of class and didalam ward
..haih...hidup,hecticnya..

malam ni kena tido awal,kena cari semangat balik untuk esok
standard lah semangat turun naik tu kan..??
benda2 macam ni bole mintak Tolong Tuhan je...

painless life ni walau aku tak mintak,tapi DIA bagi...
tak ke banyak punya derhaka kalau aku refuse utk terima...

kawan2 ada je bersepah..tapi .mereka pun sedang menolong diri sendiri ...
salah satu conversation tentang 'hidup' dengan kawan aku

"salah satu benda yang terus buat aku keep moving adalah biasiswa,
biasiswa yang JPA bagi ini duit rakyat,
duit sedara dan juga bukan sedara kau yang bayar cukai tiap2 tahun
kalau kau membazir,persiakan duit tu,tak amanah kan?
dengan sapa kau nak mintak maaf nanti,
dengan seluruh rakyat mesia???...hahahaha...
jadi belajarlah....tu memang tanggunjawab kau
benda ni sampai kat kau sebab Allah tahu kau mampu.
cuma kau kena usaha dan figure out camne nak buat,
camne nak selesaikan...
memang susah...tapi possible..."

note:
2minggu dihospital,2 patient meninggal..
putus jarilah,kena cucuk kat tangan kat tengkuk lah,darah situ sini,scary lah jugak
... dan aku stress lah... a bit....
lalalalalala....haih....lalalalalal

Sunday, August 7, 2011

senang cakap...aku terkesan dengan cerita dulu..

..it's not easy to be 'sumethin' like me..
ada kau tahu kenapa??

datangku berteman....pulangku sendirian
.................
yang pernah menerobos jauh kedalam hati ini,
aku hargai kalian,
tapi sayang seribu kali sayang,
dirempuhimu deras,remuk tidak berstruktur lagi hatiku,
apa lagi yang tinggal....??
hati yang remuk itu???
dengan yang remuk itu...aku teruskan hidup yang tertinggal...

dan kau tahu apa???
it's not easy to like 'sumethin' like you

...mocha..

agak2..apa masalah paling besar dunia sekarang???

jugular vein..

da masuk 1tahun aku baca buku ni(s0lution of secret sorrow)..tak habis2..
haih....kalau sidney sheldon dengan alaf doplohsatu, 1 malam pon bole habis
.........................................................
We created man and We know what his own self whispers
to him. We are nearer to him than his jugular vein. And the
two recording angels are recording, sitting on the right and
on the left. He does not utter a single word, without a
watcher by him, pen in hand. (Surah Qaf: 16-18)

Understanding this is another of the basics for being a righteous
believer. Such a person knows that he is under Allah's inspection at
every moment. And because he is aiming to gain Allah's good will,
he strenuously avoids any of the behaviors which give rise to insincerity.

For anyone who knows that Allah sees and hears him, it is impossible
to speak in a way that deliberately discomforts others, to
adopt insincere expressions, display selfish behavior or behave deceitfully
by concealing one's true character—because he has a sure
faith that Allah is with him at all times. Because he knows that in the
Hereafter he will definitely be called to account for any unconscionable
behavior, he invariably displays a morality that will earn
Allah's approval.

He does not at any time stoop to secret acts and treacheries
which he thinks cannot be proven, because he is aware that Allah

possesses knowledge of all secrets. In the same way, he does not resort
to self-deception by convincing himself that he is innocent. He
knows Allah also sees such deceptions. He does not try to conceal
from people any truth that Allah knows, because what is most important
for him is Allah's approval.
(credit pada pakcik Adnan oktar a.k.a Harun yahya
from book -the solution of secret sorrow pg 111)

note:
pada follower yang ntah tiba2 ramai,
..selamat datang..

Friday, August 5, 2011

we are not chemical substances,better think before react..

jalan dari kota kinabalu ke sandakan,
time drive memang tak tido,time member drive pon tak berani nk tido.
kan tergolek masuk gaung kan...haih..
syukur semua selamat sampai tanpa kecederaan apa-apa
barang2 housemate sekaliannya..
habis lenguh2 sendi lutut-siku-bahu, macam naik gunung
sebab angkut barang
dari bus-kedalam van-kebawah blok-naik ke tingkat 4

umur aku dan dia sama je,,
yang tak sama ketinggian...dasyat kan ..itu lah apa yang genetic dapat lakukan
haih...
kuasa Tuhan ..

note:
why did I fall for a weirdo like him?
hahahahaha......


Tuhan...berikan aku rasa syukur pada nikmatmu..


All the strength you need is right
there inside you

i/Allah ada..cuma aku belum jumpa
belum dapat keluarkan dari diri aku..
aku tahu aku hanya perlu bertenang,dan berfikir
dan percaya pada tuhan aku

tentang rasa...aku harap ia seperti tenaga
bole diubah dan dimanipulasi
dan aku cuba memanipulasi,moga segala rasa positif dan baik2 saja

aku bertul2 harap dan betul2 mahu
kerana,aku tidak mahu menangis lagi

cukuplah.....tangisan yang dulu...

note:
ya....,aku stress dan bosan

Thursday, August 4, 2011

why give up?.....why give in?...

rumate a.k.a kakak dan shahril dia...
yang bukit2 belakang tu betul punya....area kundasang

"kalau rindukan aku,
ucapkanlah namaku di pembaringanmu".....kata mu

kupejamkan mata,ku ucap satu persatu

kubuka mata,
malam diam,kelam dan hitam

tapi....
aku masih rindu

-from buku dari indon
credit pada kakak-

note:
photo dan entry tidak berkait,
entry goes to Mr XxXx...photo itu adalah photo...

Tuesday, August 2, 2011

september 1

kalau kau ikhlas
Allah tau kau ikhlas...
dan i/Allah DIA permudahkan segalanya.
camne??
optimis dan move on

hari ini ada banyak benda yang jadi .....aku listkan'
1.sandakan panas,clinical year penat..damn penat
2.semua orang jadi emo,bad temper
3.kami tinggal kawasan gangster...so scary
4.lagi...da jumpa 2 masjid,
satu kosong tak berorang-sampai aku ingat masjid tu berhantu
satu lagi penuh sampai kena solat berbumbungkan langit,sies terbuka

note:
doa aku dari dulu moga Allah tetapkan hati aku
pada jalannya
payah atau mudah...belakang kira..
yang penting aku mintak...tetapkan hati aku