DId I have a good time??...haih
aku sebenarnya masih baru dalam dunia maya ini.
kawan pun masih tak ramai..
senang bukan punyai kawan yang hanya tahu nama samaran
hanya tahu dan dapat membayangkan rupa aku
dari gaya dan tindakan aku (dalam bentuk tulisan itu)
kau tahu kenapa??
kerana
makin rapat kau dengan seseorang,makin banyak kau nmpk kekurangan dia.
makin banyak yang kau tidak sukai tentang dia,
makin banyak kau nampak kesalahan dia....
tapi..untuk hidup,real kehidupan,
aku mahu tinggal dan dikelilingi oleh manusia yang aku tahu
baik buruknya,
aku cintai dia kerana baiknya dia,dan aku tidak membencinya kerana keburukannya
dan aku mahu dan berharap begitulah juga tanggapan dia pada aku.
pabila aku marah,aku akan katakan..panjang!! berharap ada yang faham
-and done talking-
selepas aku marah,aku akan diam,
mereka akan tahu aku sedang marah,dan mereka akan juga diam,
aku akan kembali bercakap jika marahku hilang,
jika tak,aku akan terus diam..
dan mereka akan tahu,marahku masih lagi tidak hilang
aku berkeputusan untuk mengambil satu pendekatan yang paling bawah,
aku tidak perlu berkata apa2 dan menyakitkan hati makhluk Tuhan y lain
dan mereka tidak perlu membalas apa2 dan menyakitkan hati aku.
sekrang aku tahu kenapa ada quote
diam itu emas,bercakap itu perak
kalau korang nak bercakap panjang boleh,
cuma hilangkan prasangka,bukakan minda dan berfikiran baik,
dan mari kita bercakap dari lepas tarawih sampai subuh esok hari.
dari sastera sampai ilmu astronomi..
dari masalah agama sampai lah muzik dan seni
mari ....teh tarik dengan biskut marie bole menjadi peneman sejati
teman untuk kita saling kenal-mengenali..
note:
dari zaman sekolah rendah lagi people keep telling me yang aku weird
mula2 aku terasa,aku berjauh hati,aku rasa didiskriminasi
aku ubah penerimaan aku,...dan segala rasa itu hilang...
jika kau kau kata aku weird sekarang,
aku akan senyum dan gelak panjang2 sambil julingkan mata
...ha ha ha ha...
No comments:
Post a Comment