gelas kopi yang kedua dalam masa 2 jam...
mengantuk bagaikan ada manusia kerdil sedang bergantungan di kelopak mata
pernah dulu aku katakan
yang peduli aku itu kerana sayang padamu
pada kamu dan juga kamu
dan maaf kerana "sayang" aku itu tidak memenuhi keinginanmu
hingga ada pada satu-satu ketika
kamu berjauh hati,terluka dan sedih dengan perlakuanku
maafkan juga aku kerana, sayang padamu
lalu aku punyai keinginan untuk menegur silap-salah mu
maaf kerana aku kasar dalam mengajar dan juga menegur
itu hanya satu-satu cara yang arif..
maafkan aku kerana tidak punyai cara lain
maaf kerana menjadi seorang anak-kakak-adik-cucu-kawan
yang tidak cukup sempurna dimatamu
tegurilah aku pada silapku,
aku mungkin melenting dan marah2
kalau niatmu menegur kerana Tuhan aku,i/Allah aku sedar nanti
selamat hari raya
maaf zahir dan batin,pada tiap perlakuan-perkataan
yang aku sengaja-tidak sengajakan
yang membuatkan hati2 mu terluka
maafkan aku wahai sekelian hamba Tuhan
berikan aku kemaafan itu
dan hanya itu aku pinta dari mu untuk syawal ini
No comments:
Post a Comment