Friday, December 31, 2010

ukurlah tahap kebodohan...

aku bukn bodoh utk lepaskan segala y aku ada skrg
bukn bodoh utk main2 dgn hidup aku
bukan bodoh utk terus buat macam bayu lalu je..
rasa dibadan tapi tiada dapat digengam

dan aku juga tidak terlalu kuat utk terus stay bersemangat
sekali-sekala aku juga letih dah penat..

bila bercampur gaul kan,susah nak detect y mana
ok dan yang mana tak..
dan makin susah utk asingkan kembali...campur lah lagi..

note: time sek dulu suka makan nasi goreng
bawah stesen bus kuala terengganu dengan teh peng
banyak aku rndu terengganu dan isinya..

Thursday, December 30, 2010

aku rigid

pada y hantar lagu nasyid semalam,tQ..
aku da lama tak dengar nasyid
asyik diulit dgn lagu russian y sepatah pon aku tk faham dan wali band

note utk pengirim: saya memang tak mengharapkan apa2 lagi dari kamu
2 kali saya memutuskan keputusan y besar dalam hidup ini
satu.....ketika saya kata ya
dan ya,saya betul2 maksudkan,,kamu y tak hiraukan
kedua...ketika saya kata tidak lagi...
dan ianya memang takkan lagi....dan saya malas nak hiraukan!!

tak semua bnde bole dibuat sendirian,sesuatu
atau seseorang perlu ada sebagai sandaran..
ibarat minyak tanah dan lmpu pelita saling memerlukan
wait...kawan tu bukan utk digunakan

hujan tu lemahkan tak sekadar fizikal aku!!


drama sal chronic disease da settle..
presentation sal research proposal juga settle

exam postpone!!hmmm
tapi malam ni aku ym dan tgk movie j..
cuaca y sejuk dan hadirnya salam y buat aku gelabah semalam
tarik mood study aku,dan aku masih belum dapat tarik mood itu kembali..

ni aku ambik dari blogger lain:
cinta tu komitmen 2 jiwa,dan kdg2 hanya rasa..
perkahwinan itu y sebetulnya anugerah!!
aku betul2 setuju sal patah2 kata yang dia tulis..
dan ianya bukan hanya tentang status 'in relationship' di fb


Wednesday, December 29, 2010

outsiderz

hari ni ada orang kata aku annoying dan bangang
dan aku sekrang memang bengang
focus,focus..
jumaat adalah exam!!
-outsiderz-

nampak macam sudah selesai,sebenarnya ianya baru bermula

kau bertanyakan aku satu soalan dan menginginkan satu penyelesaian
kau:"aku rimas lah,dia selalu j ada dimana-mana aku ada,
aku harap sangat lah dia hilang atau tk muncul2 lagi".

dan ianya terjadi tapi bukan aku y tunaikan
Allah tunaikan segala permintaan kau itu.

dan kau kembali lagi dan membuat satu kenyataan y buatkan
aku ingin menempelakmu sebelum bicaramu habis,tapi aku batalkan

kau:"aku rasa ada yang tidak lengkap lah,
aku rasa dia tidaklah seteruk y aku sangka,dan
dia adalah sebahagian dari aku juga..
aku rasa kehilangan,betul aku rasai kehilangan

aku: biasalah manusia,selalu tidak berpuas hati
diberi juga tidak berpuas hati,diambil kembali juga tidak berpuas hati..
jadi apa y akan dapat puaskan hati kau sekrang???
hei kawan,hiduplah dgn y sekrg dan kenangilah dia waktu kerinduan

kerana itu aku berdiam di awal permintaan,
aku sudah pernah merasai rasa kehilangan itu..
kau perlu merasai,dan kau akan lebih memahami..

changes

tempat jogging ...
tiba2 j rasa sedih,bila ingat balik bnde2 lepas.
byk mana sakit,byk mana menyakiti
ianya adalah jalan2 liku utk membesar menjadi manusia
tu lah,aku lahir sbgai manusia byk lakukan silap salahnya
orang cakap,tinggalkan masa silam,hidup dengan y sekrang
tapi aku selalu jenguk2 masa silam,selalu plan masa depan.
1.masa silam tu lah y jadikan aku y sekrang
2.masa depan itu lh aku tentukan dengan tindakan aku sekrang
ianya 3 waktu y kaitannya sekukuh ionic bond
tapi mustahil utk kumpulkn semua waktu itu satu masa..
kita lalui,rasai,dan kita tinggalkan menjadi kenangan

tanpa aku sedar pun satu hari nati aku akan rindui saat ini
saat dimana ,aku bangun pagi2,buka laptop,tulis post mcm hari ini..
dimana aku bole main2 air laut dan jalan2 masa cuti
tiada y kekal tanpa perubahan bukan
tiada bukan??
sbb tu kot aku sedih,sebb byk y rasa sayang2 tu dah kena tinggal
masa akan pudarkan rasa,akan pudarkan ingatan,dan juga perasaan
dan y tinggal,adalah masa sekrang
yang akan juga dilupakan bila kita melangkah ke masa depan

menyentuh tentang manusia,
banyak mana keyakinan aku pada mereka2 y aku tinggalkan 3,4 5 tahun dulu
bila aku jumpa kembali,mereka skrg ini adalah mrk y dulu itu
rasanya aku letak separuh dari seratus..itu j harapan aku
jangan letak expectation tinggi sangat,utk lihat semua org bernfas senang
itu macam dah satu rahmat bagi aku
walaupon time tu kau dah tk ingt dah nama aku..sengal punya kawan
mungkin aku y rasa mrk2 berubah,dan mrk merasakan aku y berubah
mungkin juga aku y berevolusi itu,dan tk kurang juga mereka
segalanya mungkin bukan

faktor kedua adalah persekitaran,
geng2 sekolah dulu tak bgtw pon mrk akan tahu,
just main kenyit2 mata bahasa isyarat semua akan faham apa y perlu dibuat
dan kini aku di sabah,ramai lagi bertaburan di merata negeri,negara
aku tk expect kenyit2 mata aku lagi 5 tahun akan fahamkn mereka
macam y mereka faham dulu..
mcm sekarang y tengah belajar sini,korang keluar praktis bndar-kampung
semua akan alter korang punya pandangan and pegangan
unless korang mmg konkrit y tahap delapan.

dan y tiganya pengetahuan,
pengaruh yang tk kurang besar dalam hidup manusia..
zaman sek dulu,belajar dengan cikgu-tempat-sylbus y sama,
memang lah lebih kurang sama fikirannya
sekarang kalau letak aku-bdk blajar sc tapi minor sastera ni
dengan kawan aku-major english n minor sosial tu
kata2 n fikiran aku tkkn sama dah dgn dia mcm dulu2..

y aku harap tk berubah,
rasa sayang y terbina dulu,kalau dulu ianya ikhlas,
aku tk perlu ragui rasa itu sekrang atau masa depan
tapi..kuasa Tuhan aku tidak dapat pertikaikan.

definasi konkrit bagi aku utk dimetaforakan adalah ,sesorang y tidak berubah
pendirian-perasaan-riak muka walapun tiba2
dia lihat kucing bangun dan pergi tampar anjing sampai anjing tu muntah.
pernah jumpa orang mcm ni???

note: sbb tu kot bila jumpa buku danielle steel y bertajuk changes
aku terus tarik and pecut ke kaunter.
buku tk ada lah best sgt,ia induce aku utk fikir lebih byk,tu y best

Monday, December 27, 2010

tandus!!

aku dan senior2 ..ada cerita antara kita2 kan?..

ketandusan idea sebab byk sangat kot kerja
tu pasal post aku raban tak raban
sampai aku pon tk paham apa y aku cuba sampaikan
ketandusan kasih sayang..ceewah..ini aku memang tipu
lebih dari cukup sayang itu aku dapat dari mrk2 y dekat
juga jauh-tapi-dekat dihati
tQ tQ korang dan korang dan korang memang best tahap giga
ketandusan buah2 han. lama kot tak mkn buah2
lepas exam nk g beli epal..
epal walau tak glemer tapi sedap j
ketandusan main games.
asal2 kononlah nk reduce kan pembuangan masa utk aktvt y kurg faedah tu
penghabisan...memang aku dah tak main
ni kes datang sini lah...
kes takut faild exam sampai aku korbankan 1 kesukaan aku
dan sekarang aku tak suka lagi games...mature tak??
ketandusan masa berfotografi
suka sgt ambik gambar sampai external hard disc aku-blacky
tu penuh dgn photo j..
tapi skrg nak ambik gmbar pon tak de masa,tk de idea..
ketandusan komunikasi..
semua orang sibuk sampai da malas nk cakap
nak lepak,nk main2...sies kerja banyak

sies...kurang rasa manis dalam kehidupan hari2
bila banyak ketandusan

note: kalau kawan kau cakap sorang2,gelak sorang2,lepas tu g mandi
n datang balik minum milo..juga sorang2
itu normal..
tapi kalau dia tk buat semua tu
itu abnormal...
it happened..

hanya 1 laut y pisahkan kira,selain itu??? Tuhan

lau ade ECG cam ni,mati ar nk belajar baca..mati lah!!


baru j sebulan
but..damn,i really miss u..
cannot stop thinking about you

mula2 fikir,
lagi 3 tahun stgh..
3tahun dan stgh...
ni kena fikir balik tentang masa!!

-kaukah y akan menerangkan malam2 aku y suran
dan menemani aku mengira bintang2 didada langit y luas terbentang-
kaukah yang akan bersamaku itu sayang!!

jiwa tak jiwa..takdir Tuhan itu y aku terima

Sunday, December 26, 2010

aku troublemaker 1

hujan y bila turunya dan bila akan hentinya skrg ni
macam aku..
bukan part akibat atau kenapa hujan itu..
part tak tahu bila tu y sama dgn aku..
metaforakan kata2 agar lebih senang difahami

skrg senang sangat sakit kepala ..
berdenyut-denyut
mungkin krn terlalu byk berfikir,atau terlalu byk memendam
aku tak tau..
janganlah buatnya pening saat2 nk exam
itu y penting

gambar cikgu smaasza,ni golongan
y memang taf gile,y skrg kurang dr separuh y taf di maza
ukays punya lagu-bila diri disayangi-
ini lagu tema program ape nth sek dulu
progrm under ustzah rokiah tengah y anti-aku dan aku-anti-dia
tahun lepas g balik sek.
tiba2 dia peluk aku,dan aku rasakan itu ikhlas..
bertanya khabar dan panjatkan doa utk aku
tapi aku buat2 keras

u noe what..
memang rasa sakit bila dibeza-bezakan..
di anak tirikan hanya kerana aku just want to be myself..
degil2-nakal2 sikit,tapi belajar aku ok

tgk dari sudut positf,ianya buat aku jadi keras
dan tak kalah dgn tekanan
sepatutnya aku ucap tQ kerana beza-bezakan aku dulu
hak hak..
tapi aku still fikir..
the right word to say utk lawatan sek tahun depan.

ni cikgu ruzak or glemer as cikgu mat jak
anak kelahirah terengganu.cikgu chem
y bukan stakat ajar aku chem,dia ajar aku lebih dari itu
teringt sesi kaunseling y bukn cam kaunseling lain di bilik HEM 2006
dia buat aku sebak,walaupon sblum itu senyum pon tak aku lakarkan..

aku dah tak kisah kena round padang,nyanyi lagu my mother-
keluarga bhgia,kena buat gaya mat rempit,jalan penguin,
kena psiko...
aku still suka kelas chem,the best class ever

dia tahu aku tk mudah mengalah...dan aku tahu dia tahu
dia tahu byk y cikgu lain tak tahu..
dan yang tu pon aku tahu..

-tQ sbb dapatkan saya A1 utk subjek kimia SPM-
walaupon hnya 10 kali extra kelas utk thun spm tu
dia berjaya buat semua orang bersusah payah sendirian belajar.

note: 2,2 gambar aku cilok tnpa kebenaran dari blog
kak shahibul afzan,budk dentsry Uia@usim dan ex-maza

aku suka kabus dan sejuk

itu kabus,sejuk sampai shaking2!!
kalau kau punyai mak yang akan menangis utk semua
susah-sedih-tidak cukup anak2 dia..
maka,salah seorang harus bangkit tabah dan kurangkan beban itu.
salah seorang anaknya
tega kah melihat seorang mak termenung sedih??
sedih kerana anak2 dia..
maka belajarlah utk menelan segala sedih,
sakit hati,tidak tenang itu sendirian
jangan dikhabarkn pada si emak..

dan itu memang tanggunjawab dikau bukan
jika jiwamu mati, menjadi lebih keras dari konkrit
kerana ketidakpedulian kamu itu
itu bagus
daripada emakmu bersdih keranamu

sama ada aku bersedia atau tidak,cukup umur-pengalaman
atau tidak..
aku mesti jaga segalanya.

Saturday, December 25, 2010

i just be myself..

dari YM,25hb.12.2010,1pagi waktu mesia
saya perlukn masa...
semua org tkkn faham rasa y saya rasa...
stop talking like u noe or feel it,
k lah..saya nk tido
-offline-

-sorry ye-
sorry for that word...
utk k.ema i really sorry
didn't mean to scold u or marah2.
normal,if temperature naik tiba2
25hb.12.2010, 2:30 ptg waktu mesia

Friday, December 24, 2010

ianya tentang KAU!!

-kalau dah suka,tanpa alasan aku akan tetap sukakan ia-
kalau aku hanya mampu duduk dan melihat
aku akan terima
jika dudukku utk melihat senyumanmu

dan kalau kau tidak mahu lagi senyum
maka,aku akan kembalikan senyuman itu

andai aku tidak mmpu buatkan senyumanmu kembali
aku akan tetap melihatmu
kerana sayangku bukan kerana manisnya senyumanmu..

ianya kerana
aku sendiri tidak tahu,
y aku tahu,
aku senang melihatmu tanpa atau dengan senyumanmu


Thursday, December 23, 2010

ramalan bintang=gemini punyai 2 personality(jgn percaya ya!!)

rasa hati aku....hanya aku y tahu
yang tahu sedihnya aku...hanya aku
yang faham aku...itu aku
yang tahu lemah lebihnya aku....juga aku
yang tahu masa lalu aku...adalah aku
dan y tahu masa depan aku..haya Tuhan aku
oleh itu ..please jangan paksakan aku ceritakan semuanya
jika kau takkan mampu fahami ia..
tinggalkan aku dgn Tuhan aku
kerana kau nampak bukan...nampak bukan..
ianya hanya aku,,,dan Tuhan aku

jika membaca,bacalah satu persatu
bila memahami,pahami dgn jelas
kadang2 y tersurat itu timbul
mengelamkan yang tersirat..
padahal y tersirat itu lebih perlu dititik beratkan,
difaham dan diulang-ulang
aku harap tiap tulisan....tulisan aku disini
dapat dilihat pada y tersirat itu
itu ,itu yang aku mahu kongsikan..

perenggan pertama teras pada entry hari ini
y kedua,utk semua entry,hari ini dan sebelumnya
dan y tiga ini,penerangan utk perenggan !!


hepy bufday ayah!!

(the only man y aku betul2 sayang,dulu dn skrg)
--no one boleh ganti dia--

bila bertelefon..aku hnya akan bercakap dgn ayah ku.......
tidak sampai 3 mnit utk setiap perbualan...
kerana.....sunyi lebih menyerlah daripada perkataan...
namun.....
bilamana aku memerlukan dia....hadirnya y sedikit bunyinya itu..
mmpu buat aku tenang dan ,,,,kembali bernafas tenteram...
terima kasih ayah...!!
kerana ajarku utk jadi tabah...
sebagai seorg insan...sebagai seorang perempuan!!

optimis quote:
kalau aku kalah ari ni...
macammane??
aku akn menang esok...
i/Allah kan ayah!!

moga Allah taala merahmati ayah selalu..
doa itu wireless bukan...

Wednesday, December 22, 2010

hanya mereka y alami akan merasai..kan??

sepatutnya..
aku y mula2 lihat kau kembali dan berdiri teguh selepas segala apa y terjadi
segala apa yang terjadi pada kau dan masa itu

sepatutnya aku.

tapi benda y tak patut tu selalu jadi..
dan sampai sekarang aku belum pernh lagi
melihat kau dan tegaknya dirian kau...
itu y tak patut
nampak macam aku lepas tangan pada tanggunjawab

aku akan bersama kembali
bilamana aku juga mmpu berdiri seteguh kau berdiri..
kerana y sebetulnya

kita sama2 berdiri redah segala bagai onak duri
tunggu ye..sampai aku sedia

kata-kata seorang penyair malaysia.
segala yang tak keruan itu adalah seni..
erk

3 tahun lupakan aku byk perkara...itu lemahnya manusia!!

aku tak pernh suka kimia organik dan aku memang tk tahu apa2 sal ubat ini
gambar hiasan semata-mata..

apa2 yang memabukkan dan menghilangkan waras pada manusia haram bagi muslim
korang cari lah hadis..aku dah lupa dan aku malas nk cari..
mengikut apa y aku belajar-tahu-tapi dah lupa dulu

yang aku tahu pengharaman ini datang secara berperingkat.
peringkt pertama
surah al-baqarah ayat 219
keduanya
surah al-nisa' ayat 43
dan y akhirnya
al-maidah ayat 90 dan 91

korang bacalah tafsir quran dan korang akan tau kenapa
berperingkat
aku belajar tentang ini 3 tahun dulu,usul-fiqh dan ayat hukum
dimana pemansuhan ayat2 terdahulu dgn turunya ayat dari surah
al-maidah itu y terang2 dan menetapkan hukum haram utk arak (memabukkan)
dan hari ini aku cuba recall semua y aku dah mula lupa itu
aku hanya ingat sedikit sahaja,masa buatkan ingatan aku pada hukum tuhan
itu luput..

sebenarnya entry ini kerana soalan prof Tan tadi,ya tadi masa meeting

"i just want to noe why muslim cannot drink alcohol,
what about tapai that made up from rice,ubi kayu??,tuak??
and if the medication contain ethanol can muslim take it??
cannot??
its's true??
and if drink a little nothing kan...?? tak mabuk lah!!
so why cannot??? if u said mabuk is the reason alcohol itu tidak bole???
bole lah,minum sikit tak mabuk..
some region strictly say that medication that contain alcohol cannot be prescribed
to muslim patient...ya,strictly cannot..

tegak semua kepala,6 kepala non muslim , 4 kepala muslim
dan Prof Tan,pathologist dari indon!!
gila sengal soalan
prepare pon tidak,memang tak expect langsung

aku y malas- ngantok2 pening sbb tk ckup tido semalam terus segar,tegak
dab terus bercakap,menjawab apa y aku ingat...
terus menjawab bentangkan segala y aku tahu dan ingat
nasib baik tiada soalan hukum hakam lagi y keluar dari mana-mana mulut lagi
sies gila berdebar...sies pulse rate meningkat

wei...tolong belikan aku buku fiqh dalam perubatan!!!
tolonglah!!

aku ada hobi lain selain menulis...menyanyi!!hak

ianya bukan persoalan untuk membuktikan aku boleh atau tidak
bukan juga untuk kau memandang aku dengan dua belah mata
aku tidak risaukan pandangan mu pada aku
bermata,sinis atau tidak....
itu bukan kerisauan aku
aku tidak pernah hidup untuk kau
aku hanya mahu hidup...dgn gembira dgn hidupku

ianya tentang hati aku
bukan hati kau atau mereka..
dan ianya still tentang hidup aku...
aku.. tak perlu terlalu gemilang
aku hanya mahu ada dan mampu merasa!!

Tuesday, December 21, 2010

hobi hilangkan stress...akan hilangkan...

memang sekarang aku punyai hobi menulis
dan ianya makin berkembang,makin menular mcm penyakit gayanya..
idea tulisan itu selalu datang tak menentu waktu dan tempat
aku menulis bukn hanya di blog..
dimana-mana sahaja y bole dijadikan tempat menyimpan fikiran ku dlm bentuk tulisan.
maka aku akan lakarkan disitu..
ini satu ...tentang aku kini...
bukankah aku sudah janji dgn teman2 y jika mahu mengetahui
semua tentang aku dan hatiku.
disini..disini kau akan tahu itu,tahu tentang aku.....
janji tetap janji ya teman...aku tunaikan kata2 aku dulu.







serasa mahu lompat kelangit memetik bintang !!

gambar y tenang tika hati y kurang tenteram

hari kedua kelas y aku harapkan akan berlalu tenang
dikejutkan dengan berita gempak..
"oi,result sem lepas dah keluar,list matric number di papan kenytaan"
gila kolot cara annouce result..
apa ingat ni cite 3 idiot k,semua berpusu-pusu nak tgk keputusan.
bagi y tak lulus, kekecewaan atas ketidaklulusan tu...satu penyakit
dan,rasa rendah diri dan malu tu...lagi satu hal.
ye lah kan,satu sekolah bole tau result,tak ke psiko tu...

apa y terjadi pada aku pada sem lepas
dengan rasa y makin tebal tak sukakan apa y aku belajar ni
aku langkah kaki juga,..
kdg2 nmpk aiskrim budk sebelah mcm best,dan rasa y aku punya tak best
bila aku pergi beli....alah..lagi tk best dari tadi.
seboleh mungkin,aku usirkan rasa itu...
kerana aku tahu rasa tidak bersyukur itu
tidak patut pernh diam dalam diri aku..
tidak sepatutnya ada dalam diri
orang lain lagi teruk..... tak ade kaki,
aku,???
bole joging hari2
dengan pelajaran y sush bagi aku y tidak expert hafal menghafal
aku jadi fed up,hafal lmbt,lepas tu senang lupa
nak sabarkn diri agar terus menerus
berusaha bilamana lupa..... tu satu lagi masalah,,malas,fed up.
lupa,ulang,lupa ulang,lupa ulang

aku kira dan congak semua soalan dan juga jawapan
dan aku yakin akan faild 2 paper,itu kiraan pada bulan lepas...
dan bulan ini,pagi tadi,result tadi di depan board akademik tadi
result aku
unexpected
dan aku perlu senyum girang..

aku:umi da dapt result exam
umi: dah,gane??
(sebak j tiba2),aku akan menangis sedih dengan hanya melihat
kekecewaan org tua aku dari mata mereka..dengar dari suara mrk.
itu adalah sebab y paling kuat y bole buat aku rebah
aku:ok lah.
umi:allhamdullilah

note:
sastera kadang2 tidk logik,
mana mungkin memetik bintang kerana kecilnya bintng y aku lihat sekrang ni
kerana jarak...
sebenarnya besar kot benda bintang tu..lawa pun kerana jauh
tinjau belukar j tu.

Monday, December 20, 2010

Hari ini first day,sem last untuk theory part...

hari pertama class..
mula rasa beban y tak sikit menimbun atas kepala..
2 minggu y akan datang macam nak sedut udara pun tak lepas...
atau lebih senang...rasa sesak
bila tgk jadual,tiap kali weeknd mesti ade kerja..
family day,campaign,lawatan umh keluarga angkat la.
adoyai...
mungkin aku y terlalu byk memikirkan..
atau
mungkin terlalu banyak kerja sampai aku asyik dok fikir j

there're others things that matter much more than romance
-hlovate-
tetiba j kan ...hak hak hak hak hak....

along: eh,kau makan ape???
aku:nasi goreng lalap..
along: lalat???huduh nye nama??
aku: hak hak,lalap lah,p p bukn t,memang pon ..rasa pon huduh jugak
along: hak hak hak,huduh nama makanan sabah!!

Sunday, December 19, 2010

kemaafan

selesai bertelefon kawan y aku sudah mula lupakan
sejak 2 tahun y belakang
aku senyum sendiri dan gelak2 girang
rasa tenang itu meresap dalam

memaafkan akan buatkan jiwa tenang kerana rasa geram dan sakit hati
hanya akan lebih menyakitkan diri dan menjadi duri dlm daging

manusia buat silap dan belajar dari silapnya

macam hukum bunuh dalam islam.
bilamana seseorang membunuh dgn niat,maka dia perlu dibunuh sebagai hukuman
itu jika saudara mangsa inginkan
jika....ya!!! jika si pelaku insaf...maka lebih bagus dimaafkan
kematian seorang lagi umat islam y telah bertaubat itu
tidak akn dpt mengidupkn mangsa y telah mati
dan mungkin pembunuh y bertaubat itu akan menjulang islam satu hari nnti
maka maafkan dan halalkan...

al-ma'idah ayat 45
tentang hukum qisas

post ini lebih pada aku dan sapa2 sahaja y merasakan memaafkan itu satu kesukaran

aku byk dosa...sebenarnya begitu


pesanan utk facebooker,blogger,u tube or apa2 aja
dan peringatan itu
juga untuk aku kembali,
gunakan segala bnde utk kebaikan.
kalau kena cara dan gaya,ianya kan jadi sumber pahala
lau tak...akan jadi sebaliknya...
y di fb stay disana and jadikn itu medan pahala bukan dosa..
sama juga di blogger atau pon apa2 aja lah

imam dan takwa tu bukn barang y bole dibeli raih.
dan aku juga buknlah mereka y tidak melakukan dosa
tentang agama....mungkin pelaksanaan itu kurang
namun syahadah y aku lafazakn itu
aku lafazakn tnpa ragu dan juga yakin y penuh di jiwa...

ali-imran 196
erk...buka and cari ye dlm tafsir

Saturday, December 18, 2010

apa dah jadi sebenarnya??

1.cuba pakai baju kuning,kau akan rasa kreatif dgn kaler tu..aku rasa camtu
2.tu rumate aku
3.dah byk kali aku g sini,dan tiap kali mesti rasa nk terjun lepas tu aku
sabarkn diri(dalam kan-patah kaki kan-ada obor2 kan)
semua tu benteng agar aku tak buat gile terjun ke dlam laut
hari ni aku habiskan masa pagi- lepas bgn- time tgh sarapan tu dgn baca post2 y lepas
ok...gila sastera..atau gila jiwang
sedangkan aku baca hikayat hang tuah ,malim deman dan segala mcm buku sastera
waktu zaman sek menengah
dan waktu tu aku tak ckp sastera,karangan bahasa melayu selalu pulak kena re-do
Bi,lagi lah sakai, arabtinggi kira C tu pangkat paling tinggi aku pernah dapat tau
senang cakap semua jenis bahasa aku hancus lah
sekarang time tengah mengadap patho and pharmaco y
kebanyakannya guna ayat skema,gila susah nk ingt term n susah nk faham konsep
bole pulak bakat sastera aku y terpendam muncul.
heran di situ
kalau nk cakap aku ade inducer,cuba cakap part mane y induce aku??
trait??genetic??
oh,kenpa skrg baru terserlah..
aku cuba ingat2,mak bapak aku tak ade lah y jenis jiwang karat
nyanyi lagu,bagi bunga2,atau cakap ayat indah bahasa

ok..
lagi konfius,aku suka math y tak ade huruf...y ade number j
setahun form 4 aku ponteng kelas addmath sbb
aku malas nk masuk kelas-jiwa kacau-tgh kecewa-kesal-sebal
(ok bukan kelas addmath j aku ponteng,semua kelas kot)..
dan setahun form 5 aku belajar balik y aku tinggal dan y aku kena belajar.
bole j dpat A1..
form 4 aku tk belajar,form 5 aku belajar math,physc and chem j..
mana ntah aku belajar sastera..tak pernh belajar kot
flashback
selepas ditangkap oleh cikgu kelas kerana ponteng kelas est
dan aku g bantai lepak dalam kelas sastera
cikgu tu tanya
"awak nk masuk kelas sastera or nak stay kelas sains?"
dgn yakin aku jawab "saya memang dilahirkn utk jadi budak sains".
and then cikgu tu gelak..dan cakp
"awak ni budak palin pelik y saya pernh jumpa,rajin pulak ponteng kelas saya,
masuk kelas lain".
erk....nasib baik dia tk mengamuk

aku suka j lepak sini and belajar sainc...
lepas tu aku gaul dengan sastera..
takkan melayu hilang di dunia.tiba2 kan..hak hak hak
kalau aku tak cukup merepek dalam entry ni,korang bole induce aku lagi.
lepas ni aku nak merepek sampai korang takkan faham satu pon..
haram nk paham!!

done!!

aQu pernah membunuh rasa hati seorang manusia..
dan aku lakukan dengan niat
menumpahkan air mata yang tidak sedikit
dan aQu????kesal yang menggunung tinggi hadir dalam diri
sorry utk itu ya..
dan aQu jumpa dia y lahir semula
dan aQu berbangga dgn itu
u are damn good enough now..good enough
dan jangan ucapkan terima kasih utk pembunuhan y aQu lakukan dulu
aQu tak pernah harapkan apa2 utk kembali
bila aku lepaskan segalanya pergi

kita akan jadi lebih kuat/rapat pada tempat2 y buatkan jiwa kita parah

-pinjam word dari nisha ismail-
ada sebab kenapa y dahulu tidak menjadi y sekarang

ok,ok...
sekarang aku nak mintak...
give me a nice smile for the sweet crime!!

ok gelak kuat2,lepas segala beban dan jiwa y resah.
hak hak hak hak

oh...aku bukan y kuat itu...

kalau aQu diamkan...maka jangan ungkitkan kembali
sama ada aQu tidak mahu ingati lagi
mahu lari dari realiti atau,mahu ketawa tanpa henti
itu..hanya itu y aQu mahu tika ini
dan kemahuan aQu ini tidak akan roboh walaupun
sejuta cercaan atau andaian kau suarakan
kalau dulu aQu tak kisah apa percakapan kau
apa mungkin,,hari ini aQu kisah??

ya...esok,esok aQu akan fikirkan ia kembali..

oii please jgn jadikan aQu sandaran utk silap kamu!!
silap aQu sendiri belum tentu aku mmpu betulkan sebelum aku mati..

3 perkara utk peringatan pd diri!!

kalau senang aku dapatkan
maka akan senang aku tinggalkan.
.........
itu bukan hanya utk aku sahaja..
lumrah manusia memang begitu
***********************

kebahagian dalam hidup bukan bermakna tiada masalah
tetapi keupayaan utk menyelesaikannya
...............
kurang cabaran bukan????? kalau
hidup tu sama sahaja bagi tiap manusia
****************************
berikan pada y reti menghargai,
reti menyuburkan dan juga reti memberi kembali
.....................
dan ini aku bercakap tentang
kasih sayang

-outsiderz swing-

Friday, December 17, 2010

perlu ada tertib....

selagi umat islam berperang kerana tuhan mrk,
selama itu kita tidak akan menang
tutur feringgi ketika usaha mereka menjajah melaka
itu tahun 1511
dari cinta sufi-ramlee awang murshid

aku mencari G6 song by far east movemnt di you tube
but aku end up dgn
late p.ramlee....jgn tinggal daku
dengan botol2 arak terawang,aku kurang suka
sopan tu kurang atau mungkin telah tiada
jadi aku mencari y lebih sopan dan tidak keterlaluan
yang dulu2 sopan tu tinggi..

dulu melayu jahil agama tapi adat mereka tak lupa
sekarang agama dan adat dua2 tak jadi pegangan.
kerana itu
rasa malu itu makin menghilang
seksi2 orang2 dulu,kes buang anak tidak lah semeriah sekarang
aku fikir dan rungsing
apa lagi y akan jadi untuk 20 tahun akan datang...
apa lagi...

macam lagu maher zain -awaken
tak bole nk salahkan barat..
sebab pilihan tu di tgn masing2....

Thursday, December 16, 2010

bila lepak di pantai,majoriti y ke sana krn sukakan ia!!

kau tahu j kan...y penulis akan menulis apa y berkaitan dgn dirinya
tak banyak...tapi tetap akan ada..

dan pmbaca juga akan lebih memebaca dan menghayati
tulisan yang terkena pada mereka
itu normal...itu normal selalunya

bila aku admit...itu benar
dan aku tidak main2..
engkau pun patut faham..
y aku bukan main2...

the reason i'm alive
when all the starts collide
in this universe inside-rock mafia-

Wednesday, December 15, 2010

addicted to your love...ni tajuk lagu babe!!

aku makan tango..rasa y sederhana!!

aku yang serba kurang
mahu dipadankan dengan kau y cemerlang???
hak hak hak
jangan buat lawak y lucunya buatkan
aku ketawa dan bersedih serentak

Allah dah janji
dan aku percaya dengan tiap janjinya

note:
please refer surat an-nur ayat 26
lagi bagus baca sekali dengan
sebb turun ayat
pengajaran
dan tafsiran
3 bnde tu aku blajar zaman sekolah dulu,dulu lah!!

hari ni penin kepala dari pagi!!

di uncle bob cafe..
tengah tunggu baki duit beli makanan di depn cashier..
tiba2 ada orang tegur...
selepas tangan aku dan dia berlanggar 2,3 kali sbb nk ambik tisu
dan sudu...

akak tu: kamu bujang k??
aku: erk....ya student lagi
akak tu: oh,kalau jadi macm ni(langgar2) orang tua cakap kamu bakal dipinang
aku: hak hak hak hak.belajar tak habis lagi kakak,habis belajar dulu
akak tu: orang cakap mcm tu lah...orang2 tua

aku senyum n blah...
nonsense betul.......

tiba-tiba rasa seram dengan penduduk sabah...seram tetiba j..

Tuesday, December 14, 2010

ini bukan entry tentang lawatan ke hospital

ini gambar baby goggle...sepupu aku y baru lahir lelaki..

perempuan!!
manusia yang kau perlu patuhi
wajib dipatuhi..
mak bapak selagi arahan jua permintaan tidak melangkaui hukum Tuhan
dan manusia lainnya
adalah suami...itu pun suami
utk lebih jelas SUAMI
dan ianya still dibatasi oleh hukum Tuhan
jangan cakap dengan aku lepas ini..
"sory lah ye,aku tak leh ikut sbb boifren aku tk bagi pergi jalan2"
kalau kau cakap mak kau tk bagi.
aku memang tak akan pertikaian,sekali-kali aku tk akan bahaskan kenapa..
kerana aku tahu mana letakkan darjat mak itu..
kau cakap boifren..
oh mintak izin dgn boifren??..mak mana???
korang patut lepak labour room 3 jam..
lepas ni mungkin kau akan lebih suka sembang dgn mak 3,4 jam...

korang memang .
benda senang pun kau kusutkan....
benda mudah kau orang susahkan...


manusia y aku paling sayang..

bila kau berjumpa,sua 4 mata
sebelum langkah diatur ,sama-sama kejar bahagia dan realisasikan cita2
seblum berkongsi cerita suka duka,pilu dan juga gembira.
1 hakikat yang akan jadi penghhujung antara kita
kau kena ingat itu ya
"perpisahan itu nyata".
sama ada jarak ,masa,usia ,tanggunjawab atau alam
kita akan berpisah jua
dan aku mula berfikir,berapa lama lagikah agaknya
kita akan tetap bersama,menyanyi lagu2 jiwa
sebelum saat itu tiba

benar kata ami
bila kau sukakan seseorang
the best word to say is
"i love you"..
tu j..

note:
penghargaan dan kasih sayang perlu ditunjukkan
selagi mana peluang itu terhidang ..
masa yang kejam tidak akan mendengar keluhan kekesalan tikamana
yanga ada itu menjadi tiada....

ummi dan ayah..mereka y paling aku sayang

Monday, December 13, 2010

yang indah itu datangnya tk lama dan tak selalu

dah melepak disini sorang2 da dekat sebulan
dan aku dah mula suka dgn rutin hidup aku hari2 ini..
dan aku mula rasa malas bila tau dah ramai y nak datang balik
lambat lagi tapi leceh lah...
mula rasa serabut bila kena masuk kelas balik
mula fikir..wargh...hilang terus cuti aku y betul2 cuti lepas ni..

ni peluang dan pengalaman sekali seumur hidup kot
mula fikir....ade k bnde y pelik akan berlaku lepas ni...???
apa y pelik agaknya tu...
mula rasa keselesaan y dinikmati tergugat untuk hidup seterusnya..
apa2 pun...

nak tak nak,ianya akan terus datang,,
so..aku akan terus terima..
ok.....mula lapar nk g makan nasi...

note:
tba2 rasa uni aku ni ada hantu....
sies aku rasa seram semacam j...

Tuesday, December 7, 2010

da ok dah!!

ish ish..banyaknya....tak larat den!!

aku:ah,,kalau orang tu aku tak kenal, tak rapat
aku tak kisah aku marah ...biar lah dia benci aku ,aku tak kisah
dia: aku tk marah orang y aku tk kenal,aku marah kau j..
aku: hahahaha..aku tak marah kau

memang lah semua orang tak suka dimarah
tapi aku lebih rela dimarah daripada kau senyap..
itu pilihan y aku buat

lepas kena marah..
aku pergilah cari coke@100plus ais..
habis 2,3 tin konfem lah sejuk balik..
tapi..
bila aku marah kau dan mrk2 y disayangi..
aku akan end up dgn kesal dan sebal
dan saat tu 40 tin ais pon tkkn dapat pulihkan aku..

4hb lepas aku rasa kena marah..rasa j kena marah
dan aku dah ged rid rasa sebal itu..
and now i'm ok...
tu pun lepas baca kau punya shoutmix...
lau tak krn shoutmix tu.bulan depan lah gamaknya sebal tu hilang

oi....aku dah ok...oi

note:
pelik,
sbb sebal aku cepat hilang kebelakangan ini.
semenjak dua menjak ini lah..
kini lah

Sunday, December 5, 2010

ini tentang janji aku pada teman

damn...
perlukah aku beremosi pada waktu2 begini..
damn!!
aku kadang2 benci dgn aku punya feelin'
dan aku tk suka menangis kerana sebab2 kecil
dan aku tak suka buatkan kau rasa sedih...
tapi..
kadang2 y terjadi bukan dibawah kawalan aku..
ye,,,aku sensitif disini,waktu ini
dan sensitif itulah puncanya..
bukan kau..bukan kau ye

aku pegang janji aku.aku pegang kata2 aku
ingat apa y aku kata dulu

aku memang sayang mung lebih dari sgalanya...
lebih dr diri aku sndri.. dan aku paham...........
sebab aku sayang mung.
aku nak mung hidup gembira.

note:
bila kau jumpa seorang teman y kau bole bercerita tanpa tapisan
kau akan akan merasa menyesal jika tingkahlaku mu buatkn dia menangis..
sebagaimana kau kesal bilamana keluargamu menangis keranamu

dan aku hanya ada seorang..

dan aku tidak akan hampiri rasa menyesal itu..!!
tidak lagi utk kali ini...

dan kerana itu,
aku akan selalu ada utk menjaga kau!!
aku akan selalu gembirakan
aku akan lakukan selagi y mampu,segalanya y aku mampu

pada kau,
aku bukan apa,aku cuma terasa diabaikan..
tk payah rungsing,aku biasa tenangkn diri sendiri,,,
y aku perlukan hanya masa
aku sudah biasa...

walau aku kena tunggu lagi 5 jam utk kena marah
aku sanggup tunggu..!!
sebab apa y kau buat utk aku,lebih dari 5 jam aku itu..

aku sensitif bilaman aku terasa mcm dimarah dan diabaikan,
dan aku tahu ianya tak...
skrg aku dah ok..ok..
kau ok j kan.

all this word for my only one,best friend for ever,
the only frenz y aku kagum n aku sanjung

Saturday, December 4, 2010

yang ni pantang!!

aku kurang suka mendengar orang mempersoalkan
segala tindak tanduk aku..
pertanyaan kenapa dan mengapa tu kedengaran bosan bagi aku.
aku bukanlah terlalu degil ...
sampai tidak mahu mendengar patah2 nasihat dari kamu2..
aku akan dengar tapi tidak pada semua tempat
cuma satu
keputusan y aku ambil
yang aku suarakan tanpa ragu itu..
jangan pernah lah kamu persoalkan,jangan pernah ye sayang2.
aku bukan bertindak sesenang mak limah
bilamana melibatkan kehidupan aku dan mrk2..

aku berfikir dan menimbang lebih dari kau rungsingkan
utk satu2 keputusan itu..
dan bila ianya telah dibuat...ianya muktamad..
berbaloikah masa y terbuang memikirkan satu penyelesaian..??

untuk jadikan masa terbuang itu berharga...
(masa =hari2,minggu-minggu,bulan-bulan itu ada harga)
maka aku angkat dan julang..
aku kejapkan,ketatkan segala keputusan ..
muktamad bukan!!

ok....
itu memang nmpak mcm degil...
kalau degil pun,aku still tunduk dgn mak bapak..
mak bapak aku lah!!

Friday, December 3, 2010

satay yang menyedihkan

disebabkan mengeluarkn tenaga y melebihi tenaga y aku consumed hari ini
dengan jogging 3 round nonstop...(poyo kan)
maka dgn langkah malas aku keluar mencari sesuap nasi..
hak...order satay..sies aku mengamuk malam ni
semua bnde rasa nk telan!!

"kakak,ni satay kakak,Rm3 ya",kata budak y membawa satay pada aku
lembut tutur kata dan kemas penampilannya menarik perhatian aku

ku anggarkn umurnya mungkin seusia atau lebih muda dari adikku y bongsu..
darjah 4 atau 5 mungkin...
aku tersenyum kerana mengenagkan adikku y hanya hanya pandai main.
hari cuti adalah hari main dan hari kartun..
apa beza dengan aku dulu...
sekarang juga hari cuti itu adalah hari y dinanti-nanti ..

itu dikira membanggakan kerana dalam usia y muda,dimana budak2 lain
masih mahu main2, si kecil itu tadi bekerja..
kukira sampai tengah malam mungkin..
lantas aku bertanya
"adik,sekolah darjah berapa"..
"tiada,tidak sekolah sudah"..
sunyi seketika disitu,
disini mungkin normal kalau keciciran sekolah menengah,itu aku sudah biasa dengar
tapi sekolah rendah..itu sudah lebih..
kononnya kan malaysia adalah negara y membangun
eh..cuba lihat sini,di sabah ini,ramai y keciciran..
ramai y terabai..
agak emo disini....kesian lah...sgt kesian..

lama aku diam di sabah,banyak y aku faham dan aku mengerti sal kehidupan
banyak y aku belajar,byk yang aku faham ..
silalah merantau,silalah!!!
kau org memang cukup senang berada dinegeri sendri y serba serbi cukup
sekali -sekali perlu juga merasa susah..
agar kau lebih menghargai rasa senang itu.

patience is also a form of action

pada mereka yang tenang itu dapat mereka adakan
pada waktu yang bole dikira tegang..
aku kagum..
kerana lumrah y aku perhatikan,manusia itu cepat melatah...
manusia cepat bertindak,
aku tidak mengatakan bahawa kau hanya perlu duduk dan melihat,
cuma tindakan y dibuat selepas pengamatan y teliti itu aku lebih utamakan
aku syorkan yang satu itu ..lihat,fikir dan bertindak
yang terjadi tidaklah besar mana,
tapi cerita yang tersebar besarnya buatkan kau terduduk..
terduduk..dan kau melatah lagi..
itu cerita aku tentang sabar y aku juga mahu raih dalam diri
mahu kekalkan dalam hati.
kau mahu perbaiki diri kau,itu bukan mudah
tapi utk rosakkannya,bntuan dari syaitan itu selalu akan datang
bukan aku menyatakan bahawa Tuhan hanya membiarkan hmbanya
tapi...usaha y setimpal perlu ada utk kebaikan y setimpal y kau ingin gengam
istiqamah itu lebih susah utk diraih bukan
menetapkan hati utk sesuatu perkara..tetapkan..
bukannya semudah kau berkata-kata..

masih lagi cerita tentang rasa sabar yang aku ingin raih
masih belum habis
utk mewaraskan pemikiran tikamana lojik telah terbang
samaada kerana terkejut,termarah,tersedih atau terterasa..
bukan senang..
tambahan bilamana berita yang menghempap tidaklah pernh disangka akan tiba..
maka jika langkah diambil sebelum waras kembali mendominasi diri
aku tak harap..tindakan itu hemah
jauh dari hemah..
utk mengawal diri sendiri,kadangkala lebih susah daripada
mengawal mereka2 disekeliling.
opss...aku tak pernh cuba mengawal yang disekeliling
kerana utk mengawal diri sndiri pun/
kadang2 aku kalah..

optimis:
pinggirkan yang tidak senang terus dari hati
kau kekalkan ia disitu..
apa yang kau dapat??

the climb steep hills requires a slow pace at first
-William shakespeare-

shakespeare lah konon kan..konon lah..

13

kalau kau bole buatkan
mood aku berubah 180 darjah..or swing tiba2 tnpa sebab musabah y nyata.
kau memang hebat..
sies hebat...

kau lah....memang hebat

Thursday, December 2, 2010

cerita semalam

semalam mendengar suara hati seorang lelaki..
burn masa study aku utk petang itu..
burn berjam-jam
dan aku tak kisah...betul,,aku tak kisah

"ianya tak mudah utk aku sukakan sesuatu"
dan
"ianya juga tak mudah utk aku bencikan sesuatu"..

dan lelaki y menyuarakan rasa hati semalam
bukanlah lelaki y bole membuatkan aku pitam..
jauh dari rasa itu

kau mengaku kau kawan aku,maka aku akan akui juga utk
mencapai keseimbangan!!
penting bukan??? perikemanusiaan

note:
pertimbangankan mengikut kewarasan akal,,
20thun kehidupan mmpu buatkan kau matang!!
fikir cara matang ya,bertindak pun

bukannya mudah,tak juga terlalu susah..

medium: fon
aku: aku
adik:adik aku

aku:exam pe esok???minggu ni balik tak??
adik:physic,3 paper smpai ptg..tak balik..umi ckp nak mari,bawak puding
aku:puding ..sedap tu
adik: memang sedap,hak hak hak hak
aku: ya,hak hak hak hak

ok..skrg aku mmg teringt puding umi aku dimana-mana sahaja
aku pergi..
bukan aku tk pandai buat (konon lah),tapi tk ade alat ar!!
lagipun kalau org tolon buat,rasa dia lain sikit,ada berkat disitu ...ada berkat

ini entry orang bosan plus mood swing!!

nakata,masa tgh gile bola dulu kala,
aku mmg suka dia...
tATU,duo russian,they pretend to be lesbian for more than 10 years
aku tk kisah pasal tu
aku hanya tau pasal lagu mereka,sies best..damm ivan!!
genius selalu buat kerja gila kan,,,
yulia volkova n elena katina
kenal..bukn budak kelas aku
ni louis koo
ok..sbb semua org mcm mint korea skrg kan
mcm pelik kalau aku tk ..ni y pertama
kwan san woo
daniel wu..
comel comel comel
yulia volkova,tATu punya ahli
and husband dia,parvis..husband dia y hensem tu
sies tegap..
bloom....sies bloom
hak hak hak hak..
korea.2nd actor korea y aku suka Lee eon
korang bole usha dlm coffea prince
tapi dia dah meninggal 2007@08 (tk konfem) excident motobike

note:
mesti korang rasa entry aku kali ni macam hampeh,gedik ntah apa2 tk ade idea
ini idea juga,ade juga ni..
ade tu,,,,korang j yang tk tahu nk tgk macam mane..
korang memang..tk pandai2

sory,yang rmbut pnjag2,jambu2 ,muka mcm pompuan
aku bukan tk suka
cuma aku geli..sies geli ..
tgk,tenung 3,4 kali tegak bulu roma!!
kau ckp lah doploh empat kali pun super junior tu hensem and cool,
aku ttp tk suka...
geli weh..

lelaki melayu ramai kot y hensem..
contoh terdekat pak2 sedara aku..
hak hak hak hak hak..